Friday, August 17, 2012

Ribuan Lari Tinggalkan Bandar Kerana Internet..



SEORANG penduduk menunjukkan telefon bimbitnya yang mengandungi khabar angin tentang serangan etnik di Bangalore, India semalam. 
Ribuan tinggalkan bandar India
BANGALORE - Ribuan penduduk meninggalkan bandar-bandar di selatan India semalam selepas khabar angin tersebar bahawa mereka akan diserang oleh orang Islam dalam tindak balas berhubung keganasan etnik yang berlaku baru-baru ini, kata beberapa pegawai.

Beberapa pegawai kereta api berkata, mereka menambah perkhidmatan kereta api dari sini menuju ke negeri Assam di timur laut negara berkenaan bagi memenuhi permintaan orang ramai selepas 6,000 tiket telah dijual sejak kelmarin. Pihak berkuasa memberitahu, khabar angin itu disebarkan melalui laman sosial seperti Twitter, telefon bimbit dan internet.

Orang ramai yang tiba di Guwahati di negeri Assam turut memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa mereka membuat keputusan pada saat-saat akhir untuk meninggalkan Hyderabad dan negeri Kerala di selatan India. Seorang daripada mereka, Anirban Das memberitahu agensi berita AFP bahawa dia memutuskan untuk meninggalkan bandar ini selepas mendengar khabar angin tersebut.

"Kami mendengar bahawa kami akan diserang, justeru saya menaiki sebuah kereta api dan tiba di bandar Guwahati," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis India menyatakan, mereka kini menyiasat sumber dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

"Pengacau-pengacau ini menyalahgunakan media sosial dan internet untuk menyebarkan khabar angin dan mencetuskan ketakutan kepada penduduk di selatan negara ini," kata Timbalan Ketua Polis Bangalore, Vincent S. D'Souza.

Sebelum ini, pertempuran selama tiga minggu antara puak Bodo dengan penduduk Islam telah meragut 80 nyawa dan menyebabkan 400,000 orang menjadi pelarian. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi, kesan salah guna internet..

2 comments:

Anonymous said...

Greetings! Vегу hеlpful adviсe
in this pаrtісular post!
It's the little changes that will make the largest changes. Many thanks for sharing!

Here is my homepage ... short term loans

Anonymous said...

I'd like to thank you for the efforts you've put in penning
this wеbsite. I rеally hopе to view the same
high-gradе blog posts bу you in the future as ωell.
In truth, your creative writing abіlitieѕ has inѕpіred me to get my own, personal blog nοw
;)

My web blog payday loans

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails