Monday, August 13, 2012

Hutang 17,441 Siswazah Dilupus Kerana PR..

 

KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.

“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.(Kosmo)

Koemn Weblog Ibnu Hasyim: Awalnya BN memaksa rakyat menanggung beban hutang itu, tetapii kerana Pakatan Rakyat prihatin dan membela nasib rakyat miskin, BN teraksa akur.. Oleh itu rakyat eru meangkan PR dalam PRU 13 ini.. Hidup PR!

2 comments:

Cikli said...

Tuan,

Saya mahu tanya, pinjaman untuk pelajar cemerlang ini dilupus sebagai biasiswa oleh ptptn atau kerajaan yang bayar kepada ptptn bagi pihak pelajar cemerlang ini.

Cikli said...

Tuan,

Saya mahu tanya, pinjaman untuk pelajar cemerlang ini dilupus sebagai biasiswa oleh ptptn atau kerajaan yang bayar kepada ptptn bagi pihak pelajar cemerlang ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails