Thursday, August 16, 2012

Nasharudin B/TP PAS Bersama PM, Komen N/Aziz

Atas: Nasharudin Bekas T/Presiden PAS (dua dari kiri) bersama  Presiden UMNO

Bawah: Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails