Monday, July 09, 2012

Budaya Punggung Tonggek Menyerang M'sia Pula.

MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.

KL: Budaya 'Punggung Tonggek' atau fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.

Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.

Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper. Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.


Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pihak berwajib atau Bahagian Agama perlu peka dan ke depan dalam memantau iu-isu sosial masyarakat, apa lagi yang berkait dengan hukum-hakam agama Islam seperti merubah tubuh badan sendiri dan lain-lain. (IH)

5 comments:

diod said...

Tuan Haji,

Dia tu mati sebab ajal sudah sampai. Tak buat pembedahan membesarkan punggung tetap mati juga.

Anonymous said...

tuan haji ni macam pak mauon...dah tua tapi cerita blog semua cerita hang tuah

Ahmad Al-banjari said...

Ai, marah sangat fasal punggung tonggek, ada kena mengena ke?
He he he

Anonymous said...

Dia teringin kut...
Ha ha ha

Anonymous said...

Najib yang dah tua bawa artis korea, lu tak tanya pun. Nak ampu Najib pun janganlan ganggu blog orang lain.. Ini blog dakwah..

Nak dakwah orang yang semacam 'diod' dan anon July 8, 2012 9:06 PM di atas. Biasa la, cuit sikit-sikit!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails