Saturday, May 12, 2012

Kisah Mimpi Berbogel... Apa Tandanya?


Photobucket

;
Ini gambar hiasan sahaja.

BARU pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?

Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat.

TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais.

Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.


Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima.. Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

(Diangkat dari Isu Hangat.net)

8 comments:

Anonymous said...

Ni kena tanya Bang Nuar yg memang Pakar dalam bidang ni.

joecharles said...

Oh Ohstat Bahlol Amatamin pon pakar juga nak tanya dia lah

joecharles said...

Oh Ohstat Bahlol Amatamin pon pakar juga nak tanya dia lah

Anonymous said...

Ana agak selalu mimpi berbogel, dalam suasana berbeza, contohnya nak mandi, semua org pakai baju, tapi aku cari2 baju tak jumpa, sedangkan ana tau ana ni jenis tutup aurat dah sempurna.

Ana agak sedih juga lepas tu kenapa kerap mimpi demikian, seolah2 rasa mcm terhina, wlu tau mimpi tu bkn reality, hanya mimpi. Biasa nya sblum tidur ana cuba dlm keadaan berwuduk, baca mana2 ayat quran yg mampu.

Anonymous said...

Pembohong...Hadis sahih muslim mengatakan pakaian atau kain yg menutup melambangkan IMAN SESEORANG..singkat kainnya kurang imannya.Tertutup penuh kain bajunya, maka sempurna imannya. Jika cerita sheikh ini benar maka sebenarnya dia adalah munafik atau Allah melihatnya sebagai kafir yg tidak percayakan arahannya, seruannya, malah tak tahu apa yg ingin disampaikan tuhan melalui bukuNya.Ramai umat sekarang yg tahu membaca Quran tetapi tak pernah faham maknanya.Mereka kata mereka khatam tapi satu apa pun tak faham. Ini adalah satu pengajaran bg mereka yg jahil dan tidak takut pada Allah. Orang tak menceritakan mimpi jenis ini kepada orang lain. Allah memberi petunjuk melalui hati, jika hati merasa terhina, ketahuilah..IANYA BUKAN SESUATU YG BAIK.

Anonymous said...

(37) Abu Sa'id Khudri melaporkan utusan Allah (kesejahteraan ke atasnya) pernah berkata: Sementara saya sedang tidur, saya nampak orang dibentangkan pada saya(di dalam mimpi) dan mereka memakai baju dan sesetengahnya sampai ke dada dan sesetengahnya melepasinya.Kemudian disana kebetulan aku melepasi Umar b. Khattab dan bajunya labuh berjela membuat jejak. Mereka berkata: "Wahai utusan Allah, bagaimana kamu tafsirkan mimpi itu?" Berkata baginda: "(Kekuatan) Iman." (Buku #031, Hadith#5887)(Sahih Muslim)

Unknown said...

Saudara diatas, mimpi adalah sesuatu yang berbeza dari dunia nyata. Apa tafsiran sebenar hanya Allah yang lebih mengetahui. Anda telah menuduh ustaz ini sebagai munafik dan kafir sedangkan anda tidak pasti tentang kebenaran kata2 anda. Anda telah pun memfitnah beliau. Lebih baik anda memohon maaf kepada beliau sementara masih bernafas.

Unknown said...

Allahuakhbar mimpi kita sama. Sampai sekarang saya masih mencari maksudnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails