Friday, May 11, 2012

Jaga, Restoran Guna Sos Babi Pula Diserbu..

 

SEORANG penguat kuasa JAIS melihat menu makanan yang dijual di sebuah restoran menggunakan logo halal swasta di Kuching semalam. 

PENGGUNA
KUCHING – Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta.

Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit.

“Justeru, kita telah memberi amaran kepada pengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS.

“Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua,” katanya ketika ditemui di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pengguna kena jaga-jaga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails