Monday, May 07, 2012

PRU13: N/Aziz, Husam Patut Tanding 2 Kerusi?

 
RANTAU PANJANG: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disarankan supaya bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. PAS Rantau Panjang telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh cawangan Banggul Seto.

“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, ketika masjlis mesyuarat agung tahunan PAS Rantau Panjang di Pusat Tarbiyah di sini semalam.

Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.

Turut  hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Timbalan Yang Dipertua, Datuk Nasruddin Daud dan dan naib, Mohamad Awang.

"Kalau seorang MB Kelantan, boleh dipilih di dua kerusi (DUN & Parlimen), maka exco-exco lain yang layak, rasanya boleh dipiih juga. Contohnya, exco kewangan Datuk Husam Musa patut juga dipilih, supaya pelan ekonomi negeri Kelantan akan terus berjalan lancar.." kata Dr Hj Mohd Hashim, editor Weblog Ibnu Hasyim.
 (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Blogger,

Satu usul yang sangat baik, sepatutnya dilakukan dulu lagi.

Potensi kepimpinan yang ada pada pemimpin2 Pas Patut di angkat ke parlimen agar mereka yang berpengalaman ini dapat mengolah pentadbiran negara apabila diizinkan olehNyakelak.

Kepimpinan negeri bolehlah direncanakan sekurang2nya 60 peratus pemimpin muda.

Alangkah indahnya jika dikurniakan oleh ALLAH.

ALLAHUAKBAR..!!!!

Ahmad Al-banjari said...

Setuju

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails