Sunday, May 06, 2012

Cikaro Masalah Baru Seks Remaja. Tangani Segera!

 
KL 6 Mei 12: Cikaro Masalah baru seks remaja perempuan Malaysia kini terbongkar. Menurut myMetro hari ini, dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu..
  • seksi, 
  • gedik dan 
  • berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali. Ertinya sanggup melakukan najis zina bebas sewenang-wenangnya.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain. Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.

"Pihak berwajib perlu tangani segera.." kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Yang berwajib tentulah Bahagian Agama Islam, Kementerian Hal Ehwal Wanita, Kementerian pelajaran, dan... Tetapi yang jelas pemimpin UMNO/BN yang menerajui negara masakini perlu bertindak segera. Ingat amanah rakyat kepada mereka. PRU 13 akan menjelang. Perlu tolak BN?"  (IH)

3 comments:

Anonymous said...

perempuan tu..
xbertudung ke..?

Anonymous said...

Orang lalai dari amalan agama walau ia berilmu umpama orang tidur. Orang sedang tidur LOGIK nya tidak ada keupayaan mengejutkan/membangunkan orang sedang tidur juga.Contohnya seorang bapa yang tidak sembahyang dia tidak punya kekuatan menyuruh anaknya sembahyang.Sebab apa ? Dia sendiri tak sembahyang. Sebab itu apa pun pemimpin perlu jujur, amanah, benar, baik akhlak, soleh kerana dengan itu ia ada upaya ,kekuatan memimpin orang bawahanya! Jika sifat ini tiada pada diri pemimpin...hancus..macam hari ini yang kita lihat

Anonymous said...

Mcm2 hal la!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails