Tuesday, May 08, 2012

Lagi, Pusat Hiburan Berlesen Sumber Maksiat..

 PUSAT hiburan di Giza Damansara, Kota Damansara yang menjadi tumpuan warga Afrika berpesta minum minuman keras diserbu semalam
PETALING JAYA - Keseronokan lebih 30 warga Afrika berpesta minuman keras bersama pasangan masing-masing terhenti apabila sebuah pusat hiburan yang disyaki menjadi sarang maksiat warga asing di Giza Damansara, Kota Damansara itu diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan pada pukul 4.30 pagi itu menjadi kecoh apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dan polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dimaki-hamun warga asing itu yang enggan menunjukkan dokumen mereka untuk diperiksa.

"Terdapat dalam kalangan warga asing itu terutamanya wanita bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka cuba diperiksa.

"Malah seorang daripada wanita warga asing itu turut berpura-pura pengsan untuk melepaskan diri daripada diperiksa," kata Pegawai Penguat Kuasa Imigresen, Osman Montil ketika ditemui di lokasi serbuan semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi, bukti pusat hiburan jadi sumber maksiat. Malaysia negara umat Islam, undang-undang Persekutuan membenarkan maksiat bercambah-cambah, bahkan bukan untuk rakyat Malaysia sahaja. Kerana fulus, semua lulus! Walaupun fulus haram yang menjadi darah daging sumber kerajaan Islam Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails