Monday, April 09, 2012

Wanita Israel Berbogel Sokong Arab Bogel..

GAMBAR di atas, 40 wanita Israel menanggalkan pakaian mereka pada hari Sabtu sebagai satu bentuk sokongan kepada seorang blogger wanita Mesir 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy, yang memposting foto telanjang dirinya di blognya.

Aliaa bertindak demikian, sebagai protes terhadap sekatan kepada aktivis kebebasan di negaranya, tahun lepas. Tindakannya itu menyebabkan kegemparan di dunia Arab, dengan ancaman dan kritikan pedas. Maka bangunlah wanita-wanita Israel tersebut menghasut dengan menyokong blogger itu. Walaupun begitu, mereka tidak sepenuhnya menampilkan bahagian intim mereka untuk kamera, seperti Aliaa.

“Untuk menunjukkan sokongan dengan cara non-kekerasan dan sah bagi wanita yang seperti kita” tutur Or Tepler (28), yang merupakanketua dalam aksi ini.

“Wahai wanita, mari kita memberikan dunia alasan yang baik untuk memperlihat keindahan unik dari wanita Israel. Tidak kira apakah mereka Yahudi, Arab, normal atau lesbian.” tulis Tepler.

“Saya mendapat idea pada hari foto blogger tersebut diposting. Saya tidak percaya dia dapat respon kasar. Ini membuat saya geram, dia (Aliaa Magda Elmahdy) menerima seperempat juta komen kasar dan ancaman kematian. Saya merasa ketika seorang wanita di Cairo tidak boleh mempamerkan dirinya dan mendapat ancaman dari negara, saya perlu tunjukkan sokongan!” tutur Tepler kepada Ynet.

Tepler, yang aktif dalam gerakan protes sosial selama musim panas, berusaha menghubungi Aliaa tetapi gagal. Menurut Tepler, mereka ingin menunjukkan kepada Aliaa bahawa banyak kumpulan yang menyokngnya.

Gambar ini pula, menunjukkan sepasang spesis ini dikatakan terlalu obses dengan hak kebebasan manusia. Untuk meluahkan perasaan, mereka tergamak mencetus kontroversi apabila beromen di dalam keadaan separuh bogel di depan awam, tepi kaki lima yang penuh sesak dengan orang ramai.

Inilah kesan bahayanya bila perjuangan seperti ini berjangkit ke negara kita. Di situlah perlunya negara berasaskan kepada agama dan akhlak yang bertamadun. Kalau negara berasaskan dasar asobiah kebangsaan, sama dengan negara Israel dan yang sekutu dengannya itu. (IH)

Juga..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

4 comments:

JAKA said...

kalau nk real hak asasi lagi, romen la tengah2 hiway yg ada banyak treler lalu.

insyallah kalau PR menang PRU, perkara begitu takkan jadinya.

tapi kalau umno menang, fitnah dan membankrupkan negara dan nilai moral rakyat akan berterusan.

tak caya tanya rahim tambinya kecik

Anonymous said...

kpd jakaot,
apa cer...
kt s'ngor lg byk tmpat chinadoll dlm PKR memerintah ni??
ha?
ko ni org mn?

hamzah khalid said...

tinggalan BN ..........

anaklanang hasan said...

Kalau PR menanag perkara yg lebih dasyat akan berlaku,sbb anwar menyokong LGBT tajaan ambiga. Kenapa lah korang nak belit kan fakta yg anwar tu sokong LGBT......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails