Tuesday, April 10, 2012

SMS Porno, Mengapa Tunggu Dekat PRU13?

Contoh SMS lucah..

KL 10 Apr 12: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco) digesa mencari satu kaedah terbaik bagi menangani penyebaran maklumat yang tidak diperlukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Maklumat tersebut diedar secara rambang dan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kedua-dua pihak berkenaan diberi tempoh dua bulan untuk mencari jalan untuk menyekat penyebaran SMS tersebut selain daripada mengenakan tindakan undang-undang.

“Kita tidak mahu SMS yang berunsur pornografi atau permainan terselindung dihantar terutamanya kepada anak-anak kita yang masih kecil.

“Sehubungan itu, kita meminta agar syarikat Telco dan SKMM dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung perkara itu,” katanya pada Kempen 10 Juta Tandatangan bagi membantah caj enam peratus yang dikenakan oleh syarikat Telco di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: SMS lucah ini sudah lama muncul, mengapa tunggu sekarang sampai dekat PRU 13 baru nak bertindak? Sebenarnya kerajaan BN benar-benar pekak dalam hal ini, sekarang baru pura-pura peka untuk raih simpati undi Melayu Islam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails