Tuesday, April 10, 2012

P'raya Aceh: 5 Tanding Gabenor

JAKARTA 9 Apr 12: Kira-kira 3.2 juta penduduk Aceh yang berdaftar sebagai pemilih mengundi pada Isnin dalam pilihan raya peringkat negeri, daerah dan perbandaran.

Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan lima pasangan calon gabenor/timbalan gabenor iaitu..

  • Zaini Abdullah-Muzakkir Manaf (yang disokong Parti Aceh dan beberapa parti nasional),
  • Muhammad Nazar-Nova Iriansyah (Parti Demokrat dan PPP),
  • bekas gabenor Irwandi Yusuf-Muhyan Yunan (parti bebas),
  • Tengku Ahmad Tajuddin-Suriansyah (parti bebas) dan
  • Darni M Daud-Ahmad Fauzi (parti bebas).

Gabenor dan Timbalan Gabenor yang dipilih akan memimpin provinsi paling barat di Indonesia itu untuk penggal perkhidmatan dari 2012 hingga 2017.

Pilihan raya itu diadakan setelah calon-calon berkempen selama dua minggu dari 23 Mac hingga 5 April dan tiga hari masa bertenang.

Selain itu, sejumlah 137 calon bertanding untuk jawatan pegawai daerah dan datuk bandar di 17 daripada 23 daerah atau perbandaran di Aceh.

Keputusan rasmi pilihan raya itu dijangka diumumkan dalam tempoh seminggu lagi. (IH/Bernama)

Ibnu Hasyim bergambar bersama beberapa pemimpin penulis sejarah Aceh selepas berucap di majlis tersebut di Lhoksuemawi beberapa minggu lepas. (Sila lihat liputan berita Waspada bertajuk 'Penulis Sejarah Aceh Perlu Dukungan Pemerintah -Ibnu Hasyim')

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails