Monday, April 30, 2012

Penyokong PAS Bertindak Ganas? Komen N/Aziz



KOTA BHARU 29 Apr 12:: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak yakin dakwaan ada penyokong PAS telah bertindak ganas pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam.

Sebaliknya kata beliau kemungkinan ada pihak lain yang memulakan tindakan tersebut. Katanya berdasar kepada laporan didapati beberapa petugas media dipukul pihak tertentu semasa menjalankan tugas.

"Saya tak hadir semalam sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan sampai keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang," katanya kepada media di JKR 10 petang ini.

Beliau turut  melahirkan rasa dukacita terhadap insiden yang berlaku tersebut. Sehubungan itu kata Menteri Besar Kelantan terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul tujuh anggota polis semalam. Radzi yang kini dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri.

2 comments:

Anonymous said...

PAS PUKIMAK

Ah Boy Vato said...

kau lagi la pukimak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails