
KL 12 Okt 11: Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (Gambar kiri).
Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau  memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan  Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah  gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
“Seperkara,  sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar  cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
“Dari sudut  pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat  apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab  bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata  Aziz.
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain,  institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan  sepanjang masa.
Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang  telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki  dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan  pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan  yang kecil.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.
Langgar garisan
Antara  mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)  Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati  kuasa yang ada pada Sultan.
Aziz menghasilkan tesisnya yang  bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in  Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit  sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan  (DBP, 2002). Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.
Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.
“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.
“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.
“Walaupun  ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh  perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu  secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.
Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.
“Raja  Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana  parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan  berlaku adil,” katanya. (Malaysiakini)
Lihat video sebelum ini..

 
 

1 comment:
Dr Aziz Bari mengingatka semua tentang hak rakyat pembayar cukai mereka. Beliau juga mengingatkan kedudukan raja Melayu yang tidak boleh mencampuri urusan politik dalam negara termasuk perlantikan menteri besar dan kabinet negeri. Melambat pelantikan dan membuat pelantikan baru adalah satu tindakan yang jelas melanggar konsep raja berpelembagaan.
Pada masa yang sama juga semua jawatan awam dalam negeri adalah di bawah kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat dan bukan kuasa mutlak raja Melayu. Ini termasuk Majlis Agama Islam sendiri. Walaupun raja Melayu dilihat sebagai pengerusi Majlis Agama Islam tetapi tindakan mencampuri urusan pengurusan dan pentadbiran organisasi kerajaan sendiri adalah menyalahi konsep raja berpelembagaan yang amat jelas. Oleh itu sebarang campur tangan perlu dibetulkan dengan segera sebelum takrif perlembagaan Malaysia ini disalahguna demi kepentingan beberapa individu.
Jika ada raja Melayu yang merasakan mereka perlu melakukan sesuatu untuk mempertahan Islam maka sewajarnya mereka memastikan hudud dilaksanakan dulu sebelum bercakap tentang benda lain.
Mereka patut merujuk kepada amalan Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah dan sebagai Yang DiPertuan Agong, yang memberi khutbah solat Jumaat dan mengimami solat Hari Raya di Istana Negara.
Isu pembahagian zakat MAIS sendiri masih belum menunjukkan ketelusan perbelanjaan wang zakat yang wajib dibelanjaka kepada semua asnaf bai tahun tersebut dan bukan dilaburkan dalam pelbagai projek yang tidak wujud dalam mana-man kitab Fiqh sendiri.
Post a Comment