Wednesday, October 12, 2011

Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-raja

NONE
KL 12 Okt 11: Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (Gambar kiri).

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

majlis raja raja rulers council 300609 2Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya. (Malaysiakini)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

1 comment:

Anonymous said...

Dr Aziz Bari mengingatka semua tentang hak rakyat pembayar cukai mereka. Beliau juga mengingatkan kedudukan raja Melayu yang tidak boleh mencampuri urusan politik dalam negara termasuk perlantikan menteri besar dan kabinet negeri. Melambat pelantikan dan membuat pelantikan baru adalah satu tindakan yang jelas melanggar konsep raja berpelembagaan.
Pada masa yang sama juga semua jawatan awam dalam negeri adalah di bawah kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat dan bukan kuasa mutlak raja Melayu. Ini termasuk Majlis Agama Islam sendiri. Walaupun raja Melayu dilihat sebagai pengerusi Majlis Agama Islam tetapi tindakan mencampuri urusan pengurusan dan pentadbiran organisasi kerajaan sendiri adalah menyalahi konsep raja berpelembagaan yang amat jelas. Oleh itu sebarang campur tangan perlu dibetulkan dengan segera sebelum takrif perlembagaan Malaysia ini disalahguna demi kepentingan beberapa individu.
Jika ada raja Melayu yang merasakan mereka perlu melakukan sesuatu untuk mempertahan Islam maka sewajarnya mereka memastikan hudud dilaksanakan dulu sebelum bercakap tentang benda lain.
Mereka patut merujuk kepada amalan Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah dan sebagai Yang DiPertuan Agong, yang memberi khutbah solat Jumaat dan mengimami solat Hari Raya di Istana Negara.
Isu pembahagian zakat MAIS sendiri masih belum menunjukkan ketelusan perbelanjaan wang zakat yang wajib dibelanjaka kepada semua asnaf bai tahun tersebut dan bukan dilaburkan dalam pelbagai projek yang tidak wujud dalam mana-man kitab Fiqh sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails