Saturday, October 15, 2011

Konvensyen 60 Tahun PAS Wilayah.. Esok

KL, 15 Okt 11: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Konvensyen Sempena 60 Tahun PAS esok, 16 Oktober di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak.

Pengarah program, Salbiah Abd Wahab berkata, seminar yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu diisi dengan pembentangan kertas kerja sebagai persiapan dan pengukuhan organisasi menghadapi pilihan raya.

“Kita serius untuk memacu kemenangan menuju ke Putrajaya.

“Oleh itu, kita harap ahli akan hadir dengan semangat dan membawa balik intipati untuk dilaksanakan dalam konteks amal jama'ie selepas program ini nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah berkata, apa yang penting di akhir program ialah mahu mengukuhkan ukhuwah sesama ahli, memperkasa tarbiyah dan mengukuh tahap organisasi sebagai persiapan menghadapi PRU ke-13.

Katanya, program itu juga bertujuan mempamer kekuatan PAS kepada masyarakat umum bahawa PAS mampu mengambil posisi yang diperlukan di kotaraya Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, sempena sambutan 60 Tahun PAS itu juga, pihaknya juga ingin melebarkan jaringan persaudaraan di kalangan ahli dan masyarakat kota metropolitan, mengenali dan menyedari kewujudan PAS dan sejarah perjalanannya serta mengakui kewujudan PAS menjadi mercu-tanda di kota metropolitan ini.

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah yang akan membariskan Naib Presiden PAS dan PKR, Salahuddin Ayub dan Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad.

“Warga kota dan Lembah Klang akan berpeluang mendengar penjelasan Bajet morfin BN yang melegakan rakyat seketika dan selepas itu rakyat akan kembali perit kerana kenaikan harga barang,” ujarnya. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails