Monday, October 10, 2011

Bunuh Isteri Tersayang Kerana Arak.. Perlu Hudud?


ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.

HULU SELANGOR: Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.

Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arak punca kejahatan, itu kata Nabi SAW. Nabi pernah pernah melaksanakan peraturan pengharaman arak melalui perundangan Islam dan hudud. Itulah bukti kaedah kejayaan pengharaman arak yang pernak dipraktikkan dan patut dicontohi dunia untuk kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails