Wednesday, September 14, 2011

Ayman Al-Zawahri (Al-Qaeda) Puji Kebangkitan Arab



DUBAI - Pemimpin baharu Al-qaeda, Ayman Al-Zawahri (gambar) memberi sokongan ke atas kebangkitan rakyat yang berlaku di Asia Barat.

Menurutnya, penduduk Arab tidak lagi takut kepada Amerika Syarikat (AS), sepuluh tahun selepas negara itu menjadi sasaran serangan militan. Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu rakaman video yang disiarkan di sebuah laman bagi meraikan ulang tahun serangan 11 September 2001 di AS.

Ayman merupakan seornag rakyat Mesir yang menjadi pemimpin baharu Al-Qaeda selepas Osama bin Laden mati dibunuh oleh komando AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei lalu. - Agensi

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails