Monday, September 12, 2011

Cukai 6% Telefon Prabayar, Tahniah Kepada BN

KL: Sept 11: Roketkini.com menyebutkan, antara hadiah terbaik daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia pada tahun ini ialah caj cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap 26.2 juta pelanggan telefon mudah alih prabayar (prepaid).

Seramai 26.2 juta orang di Malaysia, kebanyakannya pekerja berpendapatan rendah, pelajar, peneroka Felda, petani, nelayan, penjaja, suri rumah dan ramai lagi yang sedang dihimpit tekanan ekonomi yang sepatutnya dibela oleh kerajaan, kini menjadi semakin tertekan.

Setelah subsidi barang dan perkhidmatan perlu dikurangkan, walau pun syarikat-syarikat kroni besar terus menikmati subsidi kerajaan, para pengguna dibebankan pula dengan cukai perkhidmatan untuk telefon prabayar.

Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada Kerajaan BN kerana berjaya mempamerkan dirinya yang sebenar, iaitu sebagai penjenayah dan perompak dana awam.

Lihat penjelasan ini... Cukai 6% telefon prabayar: Berpuluh juta rakyat jadi mangsa (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails