Wednesday, September 14, 2011

Libya: Mustafa Abdel Jalil & Islam Sederhana?


MUSTAFA ABDEL JALIL melambaikan tangan ke arah para penyokongnya di Dataran Syahid di Tripoli, Libya kelmarin.

TRIPOLI - Barisan kepimpinan baharu Libya berikrar untuk melaksanakan pemerintahan Islam sederhana di sebalik pejuang-pejuang mereka didakwa melakukan jenayah perang. Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang kini bersembunyi, bersumpah untuk terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan.

Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil disambut sebagai wira negara apabila beliau membuat ucapan umum di dataran utama di sini lewat kelmarin. Beribu-ribu orang meraikan kekalahan Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas di Dataran Syahid.

Menurut Mustafa, Islam sederhana akan menjadi sumber perundangan utama dalam era selepas Gaddafi. "Kita tidak akan menerima sebarang ideologi pelampau baik yang berhaluan kiri atau kanan. Kita ialah orang Islam yang mengambil jalan Islam yang sederhana," katanya.

Sementara itu, dalam satu laporan terbaru yang disiarkan semalam, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menuduh rejim Gaddafi melakukan jenayah kemanusiaan namun ia turut mendakwa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mungkin terbabit melakukan jenayah sama. NTC merupakan badan yang mewakili pemberontak yang berjuang menentang kepimpinan Gaddafi.

Dalam pada itu, Gaddafi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Syria, Arrai Oruba, berikrar untuk mengalahkan mereka yang mendalangi rampasan kuasa sehingga menyebabkannya tersingkir.

"Libya tidak boleh dikembalikan kepada golongan kolonial sekali lagi," kata Gaddafi.

"Kami akan terus berjuang sehingga rampasan kuasa ini dikalahkan," tambahnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Persoalannya, 'Islam sederhana' bagaimana? Siapa pemimpin sementara Libya Mustafa Abdel Jalil yang disambut sebagai wira negara itu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails