LAYAKKAH kumpulan Alleycats dijemput menyanyi di Kelantan, negeri yang MBnya seorang ulama? Kalau sanggup mengikut peraturan menyanyi di negeri Serambi Mekah itu, apa salahnya, walaupun dia bukan Islam..
Lagu-lagu dendangan kumpulan Alleycats dikatakn tidak lapuk ditelan zaman, kerana sehingga ke hari ini mereka masih memiliki jumlah peminat yang ramai, terutamanya peminat bergama Islam. Pernah membuat persembahan di Istana Budaya pada tahun 2008 dan mendapat sambutan memberangsangkan dari peminat. Tahun ini, Alleycats kembali ke Istana Budaya lagi.
“Bukan mudah untuk buat persembahan di Istana Budaya, ini pula buat kali kedua, jadi sebagai penyanyi, saya rasa sungguh terharu,” ujarVokalisnya, Datuk David Arumugam.
Persembahan yang diberi nama Konsert Sampaikan Salam Alleycats itu akan bermula pada 16 September sehingga 18 September dan sempena Hari Malaysia.
“Kebetulan persembahan bermula pada Hari Malaysia, jadi pada segmen pertama Alleycats akan berkolaborasi bersama dengan orkestra tradisional dan mendendangkan lagu patriotik.
“Segmen kedua pula merupakan tribute untuk mendiang adik saya, Loga dan segmen ketiga, saya akan mendendangkan lagu-lagu popular Alleycats,” kata David yang kini berusia 61 tahun. (IH)
No comments:
Post a Comment