Monday, September 12, 2011

Mengapa Kuasa Sultan Terhad? -Dewan Ulama PAS

tn_haruntaib_03

KL 12 Sept 2011 - Mengapa Kuasa Sultan Terhad? Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) telah menyifatkan UMNO adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanahair berkenaan dakwaan bahawa hanya UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.

"Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu UMNO, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan akan memastikan agar ekonomi British juga turut akan dijaga.

UMNO dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan ini, British tidak percaya kecuali kepada hanya UMNO sahaja untuk menjaga kepentingan mereka", kata beliau ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia... bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana UMNO, UMNO ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran", ujar beliau lagi (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails