Sunday, July 10, 2011

Wira Negara & Takziah Keluarga Mangsa -D/Ulama PAS




10 Julai:
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, peserta himpunan aman Bersih 2.0 semalam berhak dikalungkan wira negara, dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang telah dikebumikan pagi tadi.

“Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada seluruh peserta Bersih yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, mereka berhak untuk dikalungkan sebagai wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan.

“Kepada mereka yang bersabar dan ikhlas kepada Allah SWT terhadap segala rintangan yang dihadapi, ganjaran pahala anda Insya Allah akan tersimpan rapi di sisi Allah SWT. Segalanya pasti akan terbalas di hari akhirat kelak,” ujarnya.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga, tegasnya yakin bahawa seluruh pendukung PAS dan Bersih tidak akan serik sama sekali untuk meneruskan perjuangan yang mulia itu. Menurutnya, mereka pasti akan terus dahagakan ganjaran dan keredhaan Allah SWT.

Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang telah dikebumikan pagi tadi.

“Dewan Ulamak PAS senantiasa mendoakan agar Allahyarham Baharudin dihimpun dan ditempatkan dengan golongan para syuhada’.

“Kepada keluarga Allahyarham, kami ingin memberitahu bahawa Allah SWT pasti akan menganugerahkan ganjaran yang besar kepada hamba-Nya yang beriman apatah lagi telah membuktikannya melalui perbuatan, perkataan dan pendirian,” ujarnya. (IH)

Lihat BERSIH dari mula..

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

3 comments:

Anonymous said...

Wira negara hape benda nya.. penyangak, perosak, penderhaka, penjahanam adalah,.sibodoh sebodoh bodoh nye, jadi orang suruhan orang asing, Naya saja saudara kita tu meninggal semasa mengikut perusuh perusuh bodoh tu. apa nak dijawab pada keluarga nya? saya ucap takziah pada keluarga nya , semoga Allah mencucuri rahmat... Walau macam mana pon kita semua bersaudara. Assalam mualaikum.

goodlistener said...

MAAF LAH AKU TAK NAMPAK SI MATI INI SEBAGAI WIRA ATAUPUN PENYENAYAH SEBAB UTAMA ALASAN AKU ADALAH DIA BERJUANG BERSAMA SAMA KAFIR LAKNAT YG MENENTANG KESUCIAN ISLAM DALAM KES LINA JOY.NAMPAK BENAR PAS MEMPERSENDAKAN UGAMA SUCI ALLAH YG DI BAWA HAMBANYA MUHAMMAD DEMI SEKUMIT KUASA POLITIK UTK KESENANGAN DUNIAWI YG TERLALU SINGKAT DI SISI ALLAH YG MAHA BESAR. MOGA PENGIKUT PAS SEDAR APA YG SEDANG DI DENDANGKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA. RENUNG2KAN LAH MOGA KITA MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK

Ahmad Irfan said...

Itulah pemikiran UMNO. Jelas mereka diupah mengganggu blog yang tidak sealiran denan mereka.

Walau apa nama sekalipun. Makin terbongkar.

He he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails