Monday, July 25, 2011

Siap Tempur PRU13 Beberapa Bulan Lagi -Muhyiddin


KL, 24 Julai 11: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri (gambar), yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

“Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siap untuk bertempur melalui perang peti undi.(IH)

1 comment:

anisah said...

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Benarkah BN berpecah? Atau serangan psikologi untuk PR semata-mata? Apapun PR jangan terlena. UBN pasti akan "bermati-matian" untuk menang PRU13 bagi menutup segala pembohongannya selama ini. Hilang kuasa bermakna boleh hilang akal pemimpin-pemimpin UBN dibuatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails