Sunday, July 24, 2011

Dalam Kes Ini, Wanita Dirogol Atau Berzina?


GEORGETOWN: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka. Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.

“Sebaik sampai, mangsa pada mulanya dirogol kenalan lelakinya dalam kereta Myvi milik lelaki terbabit.

“Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini, wanita itu dirogol atau berzina? Rela atau dipaksa? Dalam Islam, hal ini menjadikan hukumnya berbeda terhadap wanita itu.

3 comments:

Penaga said...

Untuk menjawab pertanyaaan yang merujuk kepada kes ini perlulah diadakan beberapa kajian(dgn merujuk kes yg disebut) untuk mengenal pasti apakah perkara yang berlaku itu berada dibawah kerelaan atau tekanan paksaan hingga mewujudkan protes diri.
Melalui laporan kepada pihak polis boleh dicatatkan bahawa perkara yang berlaku adalah diluar kerelaan. Perkara ini boleh berlaku melalui kerelaan pada awal perkara dan berakhir dengan protes di akhir kejadian perkara.

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih.

addean said...

dalam kes ini(jika mangsa Islam), bagi saya lelaki dan wanita kedua-duanya perlu dijatuhi hukuman....lelaki dijatuhi hukuman kerana merogol, perempuan dijatuhi hukuman kerana keluar ke tempat maksiat dan tidak menutup aurat, serta tidak ditemani mahramnya...
sebab itulah dalam ISlam hukuman yang dicipta lebih kepada mencegah daripada perkara sebegini berlaku berulang...
jika ingin menuduh seseorng melakukn zina maka perlu ada 4 orng saksi...bg saya jika si mangsa melaksanakan adab cara berpakaian, tidak pg ketmpat maksiat dan ditemani mahram bila keluar, mka risiko utk belaku kejadian rogol teramat rendah, jika terbelaku juga, InsyAllah akan ada 4 orng saksi yg akan membantunya...dan dia akan menang, keadilan akan ditegakkan...Allah itu Maha Adil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails