Tuesday, July 26, 2011

Buktikan Kumpulan Ini Militan Di M'sia?

KL 26 Jul 11: Kosmo! Online melaporkan, ancaman beberapa kumpulan militan di negara ini belum berakhir. Jika dahulu kumpulan-kumpulan tersebut merekrut anggota dengan menghantar orang baharu menghadiri usrah sulit kini cara merekrut dikesan lebih mudah iaitu melalui Internet.

Perkembangan teknologi maklumat itu secara tidak langsung memberi ruang dan peluang kepada rangkaian militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qeeda meneruskan misi mereka menubuhkan negara Daulah Islam Nusantara. Satu sumber keselamatan berkata, dari tahun 2000 hingga kini, dikesan terdapat 6,000 buah blog di miliki beberapa kumpulan militan yang menyebarkan ideologi Salafiah Jihadiah. Salafiah Jihadiah merupakan satu ideologi yang memperjuangkan sebuah negara Islam melalui perjuangan bersenjata.

Individu yang mendokong ideologi itu menolak demokrasi, sistem pilihan raya termasuk perlembagaan Malaysia yang dianggap tidak Islamik atau murtad.

"Blog-blog yang diwujudkan oleh kumpulan militan ini menyasarkan golongan muda dan pertengahan kerana kumpulan tersebut lebih cenderung melayari Internet dalam urusan kerja seharian mereka," kata sumber keselamatan itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selain Jemaah Islamiah (JI), kumpulan militan lain menggunakan blog bagi menyebar dan merekrut anggotanya ialah Jemaah Ansarut Tauhid, Al-Qaeda dan Al-Shabab. Sumber keselamatan itu berkata, pada permulaan operasi, penulisan di dalam blog-blog terbabit hanya berkisar mengenai hal-hal berkaitan dengan penindasan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan serta kaedah-kaedah mempertahankan Islam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: '...beberapa kumpulan militan di negara in'.. ?? Kenyataan atau tuduhan? Perlu dibuktikan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails