Sunday, July 24, 2011

Arak & Judi: UMNO Kena Belajar Dari Liow Tiong Lai

KL 24 Jul 11: Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah.

“Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda. (Kosmo! Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong nampaknya sudah sedar bahaya judi dan arak yang termasuk di dalamnya dadah. Ia bukannya budaya orang Cina tetapi budaya orang yang sakit mental, tak kira apa bangsa sekalipun. Mungkin beliau sudah faham ajaran Al-Quran yang mengharamkan arak dan judi. Islam menegaskan 'arak dan judi' adalah kotor dari pekerjaan syaitan'.

Cuma UMNO tulang belakang BN yang tidak faham dan menyokong kerja-kerja syaitan tersebut sejak dari sebelum merdeka sampai sekarang, seolah-olah menggalakkan rakyat Malaysia jadi macam syaitan. Pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama UMNO kena belajar dari Menteri Kesihatan itu, kalaupun tak mahu belajar dari kerajaan Kelantan. Tak apa, jahil boleh belajar, moga-moga Allah SWT maafkan ketelanjuran tersebut. (IH)

  1. KESAN ARAK DAN JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=saQsL7_Z6Ss3 min - 24 Mar 2009 - Uploaded by pjfd5101
    Tajuk video yang dihasilkan ialah kesan arak dan judi memusnahkan kehidupan. Sasaran video ini adalah tertumpu kepada pelajar ...
  2. Pengajian KH. ZAINUDDIN MZ. " Arak dan Judi " 1 of 7‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=1EPvk9jN7rc10 min - 26 Jul 2008 - Uploaded by k0y0tae1978
    Pengajian KH. ZAINUDDIN MZ. " Arak dan Judi " 1 of 7 ... Silahkan Klik disini untuk mendownload mp3 Pengajian dan Al qur'an ...
  3. Pendedahan pemimpin UMNO kaki Arak dan judi‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=jkxpvOhYqQk10 min - 20 Mar 2010 - Uploaded by neskopip
    http://neskopip@blogspot.com Pendedahan oleh YB Saifuddin Nasution Ismail (MP- Machang) tentang kegiatan haram segelintir ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails