Tuesday, July 12, 2011

Polis Pukul, Tendang, Lepas Gas.. Hukum Najib!


NONEKL 12 Jul 11: Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai hukuman kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.

Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (gambar kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.

“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.

“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.

Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka. Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini. Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi. (IH)

4 comments:

dangwangi said...

dah gatai pi jugak walau dilarang, lepas tu salahkan orang. seronok kot tengok orang mati atas jalan. lagu tu la kalau ikut nafsu tak pakai otak. yang hang ikut kata amiga kapir laknat pembela murtad tu pasai apa? lepas tu menonong mintak UK lawan Malaysia, pakai ilmu jenis apa lagu nih. kesian marhain dipermain oleh ketua yahud dan nasara

chixx.roxx said...

-U HURT UR' OWN CITIZENS-

cik kembang said...

dangwangi...ko belaja sampai peringkat mana ek???napalah soalan ko tu macam budak2?isk..memalukan sungguh.....pakai otak sebelum nak soal.takbir!!

Anonymous said...

sebab itu pihak keselamatan dah bagi amaran awal jangan buat demo haram.Kepada orang2 begini pergilah ke negara yang tiada polis dan dan tiada undang-undang buatlah sesuka hati sebab kamu tak sayang negara kamu,negara ini tempat kamu cari makan,mengumpul harta.kenyang hasil kekayaan ekonomi Malaysia...ah silakan dengan hormat. Yang UK berbasa basi ni itulah sifat penjajah,mereka bunuh orang awam di Afgan,Iraq dan Afrika,HRI tak bisingpun.Terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails