Monday, July 11, 2011

PM Perlu Letak Jawatan -Lihat Tuntutan Rakyat


KL 11 Jul 11: Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka). Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka. Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan. Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang. Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang. (Sumber Malaysiakini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka, atau tuntutan rakyat, PM Najib perlu lerak jawatan segera... (IH)

6 comments:

Anonymous said...

PM PERLU LETAK JAWATAN? TUNTUTAN RAKYAT?..

RAKYAT MANA YG 100% MENUNTUT PM LETAK JAWATAN?

RAKYAT NEGARA ANTAH BERANTAH ATAU RAKYAT JIN BERTENDANG?

APAKATA PULA SEBAHAGIAN RAKYAT MINTAK MURSYIDUL PM LETAK JAWATAN!

KENAPA MINTAK DIA LETAK JAWATAN? SBB JGN OVER STAY NANTI HILANG KEMILAU YG TINGGAL KEMARAU.. HILANG WANGI BAU TAHI PULA.

PAK AZIZ DAH MASUK TAKAH 4.. TUA RENTA.. CUKUP2 LAH

Anonymous said...

tuntut najib letak jawatan.

Anonymous said...

tuntut najib letak jawatan.

Anonymous said...

najib taklayak jadi pemimpin lebih baik kalau najib jadi tok siak masjid tg nik Aziz jadi imam dapat juga tg mentarbiahkan najib.

Anonymous said...

najib taklayak jadi pemimpin lebih baik kalau najib jadi tok siak masjid tg nik Aziz jadi imam dapat juga tg mentarbiahkan najib.

Anonymous said...

Suara majoriti sudah memilih siapa yg paling layak memerintah pada PRU12 yg lepas..minoriti tiada hak bersuara sebelum PRU13..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails