Wednesday, July 13, 2011

Komen Seorang Cina B/Islam Ke Atas Blog Ibnu Hasyim


DIPERTURUN di sini komen seorang Cina bukan Islam di bawah tajuk "BERSIH 2.0: SPR & K'jaan Perlu Pertimbang -ABIM"
Ken said...

Salam saudara, saya terserempak dengan blog saudara berikutan membaca berita-berita mengenai peristiwa 709 (Bersih 9/7/11) dan amat tertarik dengan artikel-artikel saudara, khususnya mengenai sejarah dan permulaan Islam di Malaysia. Paling menarik saya adalah keberkaitainan Islam dengan Cina, bahawa adanya lebih daripada yang dapat dilihat pada permukaan dan yang dibaca dalam kelas sejarah masa sekolah dulu.

Saya tertanya kenapa subjek ini tidak dimasukkan dalam buku-buku sekolah padahal saya rasa kalau kaum cina dapat tahu dengan lebih mendalam mengenai sejarah Islam di negara kita dan peranan Cina yang sebenarnya lebih daripada apa yang diajar sekarang ia mungkin dapat mengharmonikan perselisihan faham antara kaum-kaum kita.

Memang adanya juga muhibbah sekarang dan peristiwa 709 dapat membuktikannya, tetapi boleh juga bertambah lagi. Ini pendapat sayalah sebagai seorang cina bukan Islam.

July 13, 2011 1:59 PM

Al-hamdulillah! Memang itulah antara tujuan dan matlamat Weblog ini, jauh dari bakaran api kebangsaan perkauman yang meredap dalam sekam negara ini... Dari editor Sila beri komen anda pula sebagai islah diri... wallahu 'aklam.

2 comments:

Ali mahmud said...

Harap ramailagi orang bukan Islam baca blog ini.

Anonymous said...

I all the time used to study post in news papers but now as I am a user of net thus from now I am using net for
posts, thanks to web.

Here is my website - home cellulite treatment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails