Tuesday, July 12, 2011

BERSIH: PAS Mahu Demo Sekali Lagi

NONE KL 12 Jul 11: PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.

"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi. Tentang lapan tuntuan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BERSIH 2.0 telah mengemukakan lapan (8) tuntutan yang mereka dakwa sebagai langkah pembaharuan dalam sistem dan perjalanan proses pilihan raya di negara ini. Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti berikut :

1) SPR perlu melaksanakan pembersihan daftar pemilih;
2) SPR perlu melaksanakan pembaharuan Sistem Undi Pos;
3) SPR perlu melaksanakan penggunaan dakwat kekal;
4) SPR perlu memperuntukkan tempoh berkempen tidak kurang dari 21 hari;
5) SPR perlu menjamin adanya akses media yang bebas dan adil;
6) Memperkukuhkan institusi awam;
7) Memberhentikan amalan rasuah; dan
8) Memberhentikan amalan politik kotor.

Daripada semua tuntutan di atas, didapati hanya empat (4) tuntutan sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugas SPR, iaitu tuntutan-tuntutan dari (1) hingga (4) sahaja. Manakala empat (5) tuntutan yang lain tidak berada di bawah bidang kuasa SPR. (IH)

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

2 comments:

Anonymous said...

Beranikah PAS BERSIH kan PKR dari ahli hantu ? Jangan nampak SPR saja, PKR pun sama teruk. Sehingga hari ini tiada berita PKR membuat kajian mengapa ahli beribu yg keluar mengundi beratus orang saja.

Ahmad Irfan said...

Otak lagu ni sah penulis pecacaiupahan UMNO/BN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails