Thursday, May 05, 2011

Rosmah Isteri PM Wanita Contoh.. Loya Tekak


Oleh Huzir Sulaiman

SAYA tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.

Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.

Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit “You’re killing people!” dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.

Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong. (IH/Harakah)

Lagi banyah contoh..

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

6 comments:

toyolkiut said...

orang bpangkat d puji2..
dh ilang taring najib nanti, ia pun tenggelam jg..

eh, gambar tu cam tarzan je kan?
hehe..

Anonymous said...

Gambar tu tak salah.. tapi orang yang buat fitnah postkan gambar tu yang berdosa...

Ternyata blog Islamik (konon) Ibnu Hasyim setaraf jer dengan blog Papa Gomo ...

Anonymous said...

Rupaanya ada juga blogger-blogger upahan dalam hamPAS ni....

Islam apa nyer kalau fitnah orang...

Jadi blogger hamPAS same jer dengan blogger-blogger lain ...

hamPAS betullah ....

Ali Mahmud said...

Kain teselak macam tu pun tak salah? Depan budak-budak pulak. Betui la penyokong tuli UMNO.

Oo maaf bukan punyokong tuli pekak. Penulis upahan, mana boleh lawan toke. soru mis le.

Anonymous said...

Uuuuuuuuuuuuuuuuuu. Oooooooooo

Tarzan betina malaysia!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Tengku Kudin,
Rosmah ini anak sendiri dia khinat apa tak lagi kalau jadi PM,najib sendiri takutkan rosmah......kite bakor je....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails