Friday, May 06, 2011

Lebih Baik Chekgubard Masuk DAP -Dr Hj Mohd Hasyim

Chekgubard

KL 6 Mei 11: Lebih baik Chekgubard masuk DAP, kerana DAP masih berkurangan pemimpin Melayu. Demikian komen weblog Ibnu Hasyim seperti yang dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Kenyataan ini dibuat berikutan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat. Bagaimanapun laporan The Malaysian Insider, jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

Chekgubard pernah tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian. Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

“Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang,” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan.

Namun usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil. Badrul Hisham juga merupakan ketua cabang PKR Rembau. Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan. “Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan. Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, “pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP.”

“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP,” kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu. Antaranya kata beliau, “DAP tidak anti-Melayu” tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

“Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya,” katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu. “Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya lagi.

Kata editor Ibnu Hasyim lagi, "Saya bertuju pandangan Chegubard tentang DAP, maka wajarlah beliau memilh DAP.." (IH)

6 comments:

DAPig said...

Haa, bagooss... Mai lah ramai2 Melayu dalam PKR ngan PAS keluar parti ramai2 pastu join DAP. DAP tak rasis maa... Bukti betapa tak rasisnya DAP cukup jelas :

1) Kabinet bayangan Sarawak, 12 DAP, 3 PKR, 1 je PAS. Tu pun PAS diberi portfolio jaga agama Islam jek.

2) Calon India dapat undi terbanyak dalam DAP Penang, tapi Cina jugak yang jadik pengerusi

3) Kampung2 tradisi Melayu & India habis diroboh atas alasan pembangunan di Penang, tapi kawasan Cina DAP tak kacau woo..

4) gerai2 Melayu termasuklah penyokong PKR habis diroboh kat Penang, tapi gerai Cina yang takda lesen kat Penang tak dikacau woo..

5) EXCO Penang cakap kat peniaga Mamak 'tutup kedai, balik India', tu bukan racist woo...

6) DAP tetap konsisten tentang Hak istimewa Melayu & Bumiputera. Tu bukan racist woo.. yang rasis kalau ada Melayu tentang Sekolah Vernakular Cina.

DAP tak racist woo... UMNO tu maha Rasis... Ramai2lah kita doakan lagi Kristian macam Lim Guan Eng dalam solat Jumaat masing-masing supaya dia dapat jadik next PM Malaysia!!!

Take beer!!!!

Hidup PAS!!! Anjing setia DAP!!!!

Anonymous said...

pengomen kat atas nih dah gile agaknya! Bila masa pulak DAP ni racist? cuba baca artikel2 kat bawah ni :

http://gerakantimur.blogspot.com/2011/05/gempar-proses-kristianisasi-malaysia.html

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/05/06/making-christianity-the-official-religion/

http://marahku.blogspot.com/2011/05/agong-under-threat-dap-wants-to-make.html

Jangan sesekali percaya kalau ada berita yang DAP tu racist. fitnah UMNO semua tu... DAP baik lar... DAP lah yang selama ni sokong hak istimewa orang Melayu. DAP lah yg selama ni jaga kesucian agama Islam. DAP lah yang sentiasa berdiri teguh menyokong Raja2 Melayu.

HIDUP DAP!!!!

Jom ramai2 join DAP...

Anonymous said...

Anjing penulis upahan menyalak lagi..

Anonymous said...

jom kita sokong Umno!

1) Buang kuasa Raja Melayu supaya tiada kuasa Raja dan yang ada hanya kuasa Umno.

2)Kita boleh perabis tanah rezab Melayu,biaq semua melayu duduk dalam hutan saja.

3)50 bilion saham kita yang hilang tu,biaq pi lah pasai lim guan eng saja yang duk persoal kat Umno.

4)Kita jangan bagi dah lim guan eng support sampai 8 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat.

5)Kita buat bideo seks lim guan eng rogol gadis melayu pulak selepas rakyat tak percaya bideo seks ESkay mualap siam/india tuh.

6)Kita serahkan lagi 3 bijik telaga minyak kepada brunei selepas 2 bijik yang bernilai 320 bilion kita dah bagi.

7)Kita tunggu sampai minyak petrol naik sampai 3.50 kupang seliter pun kita sokong umno lagi.

8)Kita pakat bayaq road tax kenderaan lagi walau negara jiran kita semua dah mansuhkan road tax sejak 15 tahun yanh lalu.

wassalam..aku sokong Chegu BAD masuk DAP..bagi kuat kuasa melayu dalam DAP.

Man kg Naga Lilit..Kedah

Anonymous said...

betul tu... kerana fitnah extrimist kristian DAP tu, yg cuma berani guna kekebalan Ahli Parlimen untuk buat fitnah kat dalam Parlimen, tapi penakut nak buat dakwaan kat luar Parlimen sebab takut kena saman, mari kita pakat ramai2 hentam UMNO yg seagama & sebangsa dengan kita!!! biar hancur sesama kita, yg penting kita puas hati!!!! HAHAHAHA!!!

Hidup DAP!!!

Hidup Lim Guan Eng, khalifah Kristian yg patut kita doakan dalam solat Jumaat ganti Agong!!!

Take Beer!!!

Anonymous said...

mana ada dap racist..kalau dia perintah dia akan laksanakan hukum islam dan hapuskan judi...lim kit siang,lim guan eng nampak aje macam racist tapi dia sebenarnya pejuang rakyat dan islam...dekat rumahnya mungkin ada sejadah...pkr ni semua orang dah keluar,tinggal beberapa kerat saja,agaknya konspirasi jugak kot,liwat konspirasi,main pelacur konspirasi,pemimpin keluar parti konspirasi,tapi yang kata konspirasi takut benar nak buktikan kebenaran,,hanya menyalak konspirasi,konspirasi,konspirasi,,,,tapi mat sabu pernah kata anwar main belakang dan akhlak buruk tapi anwar menafikan,namun aku lebih percaya pada mat sabu pejuang islam dari yang sorang tu,masa dok sana dok kutuk kita,dok sini dok kutuk sana,,allah maha kuasa..takbir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails