Thursday, May 05, 2011

Bazar Tok Guru, Percuma 2 tahun, Pinjaman Tanpa Interes

Mercu tanda perniagaan baru di Kota Bharu yang kini sangat dibimbangi lawan politik kerajaan negeri. Ekoran itu pelbagai isu dibangkitkan.

KOTA BHARU, 5 Mei 11: Bazar Tok Guru atau lebih dikenali BTG di kalangan kakitangan pengurusan projek ini, bakal dibuka tidak lama lagi. Bazar yang bermoto, 'Pusat Jualan Produk Klate' ini bakal menjadi mercu tanda baru perniagaan di Kelantan.

"Nampaknya, semua projek kebajikan yang dibuat kerajaan negeri untuk rakyat dijadikan isu oleh Umno melalui media mereka. Nampak sangat ia ditakuti oleh Umno," tulis Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha Politik MB Kelantan dalam tulisannya di Harakah.

Antara projek untuk rakyat yang dibuat kerajaan negeri adalah Bazar Tok Guru dan Ladang Rakyat. Jika kedua-dua projek ini tidak dijadikan isu, Umno tidak ada harapan dalam pilihan raya umum nanti. Bazar Tok Guru dijanjikan oleh Tuan Guru Nik Aziz menjelang pilihan raya umum 2008 lalu. Ia diimpikan beliau sebagai anugerah kepada para peniaga yang menjadi nadi pembangunan Kelantan.

Bangunan ini bakal menjadi mercu tanda perniagaan baru di Kelantan yang terkenal dengan kegemaran untuk berniaga di kalangan rakyatnya itu. Bazar ini akan menjadi tapak baru peniaga kecil di Kelantan selepas Arked Uda dan Pasar Lama MPKB sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan tapak perniagaan yang baik. Selepas tiga tahun berjanji, Bazar Tok Guru akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jika ia berjaya dengan baik, maka tindakan Umno yang pernah merobohkan secara kekerasan Pasar Lambak di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada tahun 1987 lalu bakal menjadi satu titik hitam penting yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Kelantan. Pihak pengurusan bazar iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyediakan sejumlah 451 lot kedai kepada peniaga yang sebelum ini berniaga di Arked Uda dan bangunan MPKB di samping lain-lain peniaga kecil negeri ini.

Untuk rekod, satu lot kedai di tingkat bawah ditawarkan pada harga RM63,000 dengan sewa percuma selama dua tahun. Peniaga ditawarkan pinjaman tanpa interes oleh PMBK dengan tempoh pembayaran balik 18 tahun. Selepas itu, lot-lot kedai itu akan menjadi milik mereka. Ini bermakna, harganya kekal RM63,000 walaupun bayaran balik adalah selama 18 tahun.

Jika pinjaman diambil dari bank-bank komersial, harganya sekitar RM40,000 sahaja manakala harga selebihnya adalah keuntungan untuk pihak bank. Umno tidak akan membiarkan Bazar Tok Guru berjalan lancar. Ada sahaja isu yang dibangkitkan sehingga Tuan Guru Nik Aziz amat sedih sekali mengingat isu ini. (IH)

9 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat peniaga melayu memiliki bangunan dan tempay berniaga yang tersergam indah.

Tapi ingatkah juga pembangkang yang memperkecilkan usaha kerajaan membina jambatan Pulau Pinang (yg asal), KLIA, Lebuhraya Utara Selatan, Putrajaya dan lain-lain.

Jadi kalau setakat nak banggakan satu bangunan yang dibuat setelah hampir 20 tahun memerintah.. silakanlah...

Hargai jugalah segala pembangunan negara yang dilakukan kerajaan BN sehingga kita tidak malu lagi mengaku bahawa kita adalah rakyat Malaysia.

Janganlah pula kita tutup sebelah mata .....

Anonymous said...

Pinjaman tanpa faedah ini adalah satu contoh yang baik dari kerajaan Kelantan yang patut dicontohi.

Namun demikian saya juga amat berharap agar kerajaan Kelantran dapat menjalankan hukum Islam sepenuhnya agar ia dapat diikuti dan dilihat keindahan hukum Allah itu sebagai contoh kepada negeri2 lain dan agama lain.

Namun apa yang dikesalkan ialah tiada apa-apa perubahan yang jitu ke arah itu ..... janganlah sekadar bercakap tentang pelaksanaan hukum Allah di Kelantan tapi tidak diikuti dengan usaha .......20 tahun merupakan masa yang agak lama ... namun tiada satupun mahkamah Syariah yang dibina oleh kerajaan Kelantan dan berapa orangklah yang telah dihantar untuk mendalami ilmu syariah islamiah bagi menjalankan dan melaksanakan hukum-hukum tersebut...

Jangan jadikan isu ini hanya sebagai retorik politik ... apakah MB Kelantan merasakan bahawa YB tidak akan ditanya tentang perkara tersebut di akhirat .....

Kami amat menantikan perubahan itu .... namun sehingga kini masih kosong .....

Kepada YB MB .. apakah alasan hukum Allah tidak dapat dilaksanakan di Kelantan .... adakah kerana :

a) Takut dengan undang2 Pertsekutuan ..... ingat bukankah YB telah nyatakan bahawa Undang2 Allah itu jauh lebih tinggi daripada undang2 buatan manusia ...

b) Adakah kerana takut tiada peruntukan daripada Petsekutuan .... bukankah YB juga pernah berkata bahawa segala rezeki itu datangnya dari Allah ...

c) Atau apakah Kerajaan PAS diKelantan takut hilang kuasa ... ingatkan juga kata2 TGNA bahawa orang yg gila kuasa tidak diterima dalam Islam ...


Jadi.. apakah alasan yang sebenarnya ....

Anonymous said...

Negeri Kelantan diberikan Allah kelebihan untuk melaksanakan undang-undang Islam kerana penduduknya lebih 80 peratus adalah Melayu yang beragama Islam berbanding Perak atau Selangor. Saya pasti semua penduduk Kelantan berharap agar undang-undang tersebut dapat dilaksanakan kerana penduduk Islam adalah mejoriti yang besar.

Namun apakah usaha-usaha sudah cukup, atau pengorbanan sudah cukup oleh pemimpin PAS Kelantan kearah melaksanakan hukum Allah ...

Janganlah takut hilang kuasa seperti pemimpin UMNO .....

Selagi pemimpin Kelantan cintakan kuasa di dunia semata-mata, selagi itulah Pelaksanaan Undang-undang Islam di Kelantan hanyalah omongan kosong ....

Ali Mahmud said...

Puak-puak penulis upahan UMNO mengacau lagi..

Anonymous said...

Ali Mahmud :

Jadi benarlah apa yang dikatakan bahawa puak-puak hamPAS akan menafikan apa saja yang benar sekiranya perkara tersebut tidak sesuai dengan nafsu mereka....

Anda telah membuktikannya...

Sekiranya apa yang dikatakan di atas tidak benar maka perbetulkanlah dan jangan menuduh sebarangan. Berikan penjelasan dan bukan meletakkan kelemahan kita pada orang lain ....

Jika kerajaan Malaysia asyik menyalahkan penjajah British maka kita tidak akan menca;pai kemajuan seperti sekarang.

Begitu juga jika pemimpin hamPAS asyik menyalahkan BN tentang segala kepincangan yang berlaku di Kelantan maka walaupun setelah memerintah 20 tahun .... maka Kerajaan hamPAS memang gtidak layak memerintah di Kelantan...

Jika Nabi asyik menyalahkan Abu Jahaal dan Abu Lahab maka Islam tidak akan berkembang seperti sekarang...

Fikir-fikirlah ... itupun jika mahu berfikir..

Ali Mahmud said...

Anon di atas, tak baca Quran Surah mengenai Abu Lahab. Nabi suruh hari-hari baca Quran. Baca dan kutuk manusia macam Abu lahab tak tahu Quran. Ambil peringatan dari Quran. kerana itulah Islam berkembang.

Bodoh punya penulis upahan UMNO, macam ketuanya jugak.

Anonymous said...

Sokong ali mahmud

Ajar sikit, bodoh sangat. kalau ikut tok ketua tak tahu quran, tu lah jadinya.

Anonymous said...

Gua nasihat kat bos penulis upahan tak dak Um, jawabnya no,

Pilih penulis yang cerdik sikit. bikin mali kompeni..

SLG said...

2 tahun sewa percuma.. Kerugian yang ditanggung rakyat Kelantan ialah sebanyak RM600 (sewa minima) x 450 lot x 24 bulan = RM6.48 juta.
Tidakkah ini merugikan wang rakyat??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails