Monday, February 07, 2011

K/UMNO Puchong Ditangkap Bersetubuh Dg Isteri Orang

KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.
KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.

KL 7 Feb 11: : Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini. Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun. Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. (Sumber myMetro)

Berita sebelum ini…

Laporan Salah Laku Kakitangan Universiti Malaya – Rosli Bin Alias

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,
Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat “laporan”. Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang “luar biasa”
Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan.

Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang. Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242. Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli.

Yang Benar
....................
(sumber: rubbertappers blog)

10 comments:

Kuda Perang said...

Celaka sungguh BINATANG Ketua UMNO Puchong!!!!!!!!!!!!

Ali Mahmud said...

Bapak borek anak rintik.. Spesis Najib Nazak...

Anonymous said...

Ketua UMNO Bahagian Puchong ialah Datuk Satim Diman, so yang ni ketua umno puchong yang mana?

datuk satim sudah tentu bukan kakitangan universiti malaya, dia ketua pembangkang DUN Selangor.

lain kali check la dulu info...

jangan dok suka kaitkan perbuatan individu dengan organisasi.

Anonymous said...

Ketua UMNO Puchong Perdana la ngok! bkn ketua bhgn Puchong..

Anonymous said...

Ketua UMNO Puchong Perdana Opis Boy jer...Mak aii..x der org lain ker nk di jadikan ketua?..Bikin malu company jer...!!

Anonymous said...

Nampak sgt yg sokong UMNO tu geng2 yg pelajarannya tahap low..bkn nk rendahkan jwtn Ois Boy..tp taraf ketua cawangan tu besor yeop...ke dah x der sokongan kat area Puchong Perdana ni...wat malu den jer..

Anonymous said...

rosli ni pengerusi rukun tetangga la bukan ketua UMNO

Anonymous said...

Apa pun bukan salah organisasi.... sape nak sangka jadi gini.. individu tu sendiri buat salah.. so, tak payahlah nak menambahkan dose yang sedia ade tak terampun tu untuk kutuk mengutuk antara satu sama lain... berpikiran luas sikit.. satu jadi tunding orang lain 4 jari lagi tunding diri kita...

Jangan kerana nila setitik sebelanga susu rosak..

Maaf...

Unknown said...

Inilah tahap pemikiran orang umno yang rata2nya banyak yang bodoh, sombong, sampah masyarakat, haprak dan tak ada pendidikan tinggi. Pendidikan agama tak payahlah cakap.

Anonymous said...

jangan kita pikir bahawa bila kita punya pelajaran yang tinggi semuanya kita tahu, kebanyakannya orang yang tak punya pelajaran tinggi tulah yang menjadi kaya raya dapat gelaran datuk dan tansri, satu lagi kita harus ingat setiap seseorang yang jadi pemimpin bukan lah semestinya dia terus tahu memimpin dan buat kerja nyang betul, setiap pemimpin dan sesiapa jua ia mesti bermula daripada membuat kerja yang salah dan silap, dan dari kesilapan itu baru lah kita dapat satu pelajaran dan kemudiannya baru lah kita dapat buat kerja yang betul dan tak salah lagi, seperti kita menjalankan satu perniagaan kita ingat perniagaan yang kita nak jalankan tu boleh terus berjaya dan seterusnya boleh jadi kaya, semua itu mustahil kalau kita dapat perolehi dengan sekelip mata kerana sebagai seorang ahli perniagaan jatuh bangunnya baru dia akan tahu dimana kesilapannya yang sebenar, jadi jangan ingat semua itu kita tahu apa yang kita buat. dan kalau kita sebagai seorang yang terpelajar dan punya pengetahuan yang tinggi jangan lah kita menghina sesama sendiri orang-orang melayu kerana kita orang melayu juga, kalau kita kata orang melayu ni mimang bodoh berarti orang yang berkata itu juga termasuk orang yang bodoh juga walau pun ia punya pelajaran tinggi. kalau kita cerita soal politik berarti kita cerita soal negara jadi kalau kita tidak tahu bermain politik kita jangan cuba-cuba bermain politik nanti mengundang padah keatas diri sendiri kerana kita tidak tahu apa yang sudah kita buat. kita orang orang melayu harus bersatu baru jadi teguh kalau kita bercerai kita akan roboh dan musnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails