Thursday, February 10, 2011

Hari Kekasih: Pemuda DAP Bantah Pemuda PAS


KL, 10 Feb 11: Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.

Ketuanya Anthony Loke (gambar) menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.

“Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP.

“Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Loke, tindakan Pemuda PAS mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan jabatan agama di empat negeri Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak menghormati kerajaan negeri.

“Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk memberikan sebarang arahan kepada kerajaan negeri.

“Pemuda PAS kena sedar Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti politik yang mana sebarang keputusan harus dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri,” katanya.

Ahli Parlimen Rasah itu berkata tindakan Nasrudin berbuat demikian akan membahayakan Pakatan Rakyat. Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih. Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa. Bagaimanapun, cadangan Nasrudin itu ditolak pemimpin PAS Selangor dengan menyifatkan ia hanya pandangan peribadi beliau sahaja.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.

“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan.

“Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih,” katanya.

Kata Khalid, komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini. Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebebasan berpendapat sesama Pemuda Pakatan. Alhamdulillah, perkembangan sihat.

4 comments:

Tinta.Muallimah said...

inilah kelemahan demokrasi yg kadang2 merugikan Islam.

Anonymous said...

As salam Tinta.Muallimah yang baik.

Memang beberapa sisi kelemahan demokrasi yang diasalnya dilahirkan oleh pemikir greek-yunani.

Tetapi di dalam tajuk ini , saya melihat sikap gelojoh Ketua Pemuda Pas. Dia sepatutnya membentangkan cadangannya kepada pemimpin atasan Pas kerana ianya melibatkan pentadbiran agama Islam yang berbeda di antara 4 buah negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Dia jangan redah begitu saja kerana Pas kini bukan berjuang sendirian tetapi berada dalam Pakatan Rakyat yang mahu mencapakkan Kerajaaan BN yang serba najis itu.

Pendapat YB Khalid Samad adalah tepat.

Tantawi ini kena belajar politik ala Malaysia dengan lebih kemas supaya jangan banyak sangat percanggahan pendapat dikalangan Parti dalam Pakatan Rakyat.

Memang isu Velentine day ini haram menurut jumhur ulamak semasa, tetapi mesti ada kebijaksanaan menangginya.

Komen Editor blog ini terlalu simplistik dan perlu dipertajamkan lagi komentarnya.

Sekian. Maaf kalau terkasar bahasa. Assalam.

Cucu Cicit Bani Adam.

Anonymous said...

Asl.Pemuda DAP jangan dok buat perangai melatah dan gelojoh. Tanya dulu macam mana Pemuda Pas nak buat.Pemuda DAP tak boleh halang kalau Pemuda Pas nak membantu mengelakkan zina dan maksiat di kalangan remaja Islam. Untuk remaja bukan Islam tak tahulah mngkin pemuda DAP tak kisah kalau berzina dan sebagainya.Mungkin pemuda DAP takut Pemuda Pas ganggu remaja bukan Islam kot? Yang tu pemuda DAP kena tanya pemuda PAS dulu adakah operasi pencegahan maksiat hari Valentine itu melibatkan non muslim atau tidak . Berkaitan pencegahan yang ada kaitan dengan ajaran agama Islam pemuda DAP mesti hormati kebebasan agama khususnya yang melibatkan orang Islam yang tidak suka umatnya terlibat dalam maksiat. Peringaan kepada Pemuda DAP, tidak salah jika pencegahan melibatkan kepad pasangan muslim sahaja .Yang lain oleh bincang. Jangan dok melatah dan gelojoh. Fahami dan hayati dulu ajaran Islam kalau nak jadi pemimpin yang disokong orang Islam.

Anonymous said...

Tidak disangka...kejayaan terbesar pas sejak menjadi anggota pakatan rakyat adalah kejayaan melahirkan tokoh tokoh pemimpin pas aliran DAP spt khaled samad dan yg sewaktu dgnnya...semakin lama semakin jauh pendekatan islam yg pas bawa...islam yg dibawa lebih kpd islam utk berkuasa daripada membawa islam dgn syiar dan dakwahnya....sebenarnya perjuangan utk mengubah malaysia dari cengkaman umno bukannya bermula dgn revolusi jalanan ala pas tetapi melalui revolusi utk mengubah PAS itu sendiri agar ianya akan lebih dipercayai dan disayangi umat ...apa yg berlaku hari ini jelas PAS seolah teruja dgn bantuan undi cina tetapi dlm masa yg sama PAS semakin dijauhi pengundi melayu islam yg rata rata melihat PAS sudah hilang taring perjuangan islam spt yg dicanang canangkan....dan pas sudah boleh dilihat sama spt umno malah mgkin lebih terok dari itu kerana umno tidak gunakan nama islam dlm perjuangan tetapi pas jelas kudakan agama utk mencapai cita cita politik....ringkasnya lagi ramai ahli DAP dalam pas spt khaled samad...pas semakin menuju kehancuran ....selagi pas rela dikuda dan dikeldaikan DAP malah rela diliwat dan dijuburi PKR..selagi itu pas tidak akan berjaya ...tudak hairan pas akan hilang banyak kerusi dlm PRU 13 nanti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails