Friday, May 14, 2010

PM Baru Britain Potong Gaji. PM Malaysia?


Cameron (kiri) mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya yang pertama di 10 Downing Street, London semalam.

LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan. Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.

Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.

Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).

Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).

Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.

Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: PAS dah lama potong gaji MBnya untuk rakyat. Bahkan lebih tinggi pratus potngannya. PM Malaysia bagaimana?

6 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Britain memasuki era baru dengan penubuhan kerajaan campuran pertama semenjak perang dunia 1945.
Kerajaan ini perlu berhati-hati kerana dalam budaya politik Britain ini bukan kerajaan stabil. Walaupun dari ucapan kedua dua mereka yang mahukan ia kekal untuk tempoh 5 tahun.
Untuk makluman semua sebenarnya ada beberapa perkara yang kita semua perlu jelas.
1. Hampir 90% parlimen di england menyokong Tory yang berhaluan kanan KECUALI di London, Manchester, Leeds dan Birmingham. Bererti kawasan kulit putih menolak Buruh.
2. Semua kawasan di Scotland mengundi Buruh atau parti daerah Scotland kecuali 1 yang mengundi Conservative Tories.
3. Ireland Utara juga tidak menerima Torries.
4. Wales lebih 65% menolak Tories berhaluan kanan ini.

Tories menang kerana lebih banyak kerusi di England berbanding dengan wilayah lain di Britain.

Potongan gaji ini oleh PM paling muda dalam sejarah Britain menandakan dia akan berada lama di No 10 Downing Street.

Zaini Abdullah said...

Ulasan amat menarik. Sayang tak tahu siapa pengomen..

Anonymous said...

salam
- semua menteri di dalam kerajaan baru ini terdiri daripada bangsa yg berkulit puteh (omputeh)..tidak ada seorang pun yg mewakili kaum minoriti (black, asian, hispanic,muslim, etc, etc)
- tidak diketahui bagaimanakah halatuju hubungan antarabangsa kerajaan baru ini..adakah mereka juga akan seperti tony blair yg memberi sokongan membabi buta terhadap america dan israel
- kerajaan pulai pinang, kedah, dan selangor---> adakah mb dan ahli exco dipotong gaji mereka?

Anonymous said...

Bila kita mendidik rakyat supaya pandai memilih ADUN dan MP yg beramanah dan tidak mengamalkan rasuah....BN/UMNO akan tercabut dari Putrajaya...


Just do it...then BN will lose one day.

Anonymous said...

salam to all...

gaji pm malaysia lagi naik .elaun lagi naik.minyak bil2 harian semua rakyat yang bayar untuk diorang.bil2 rakyat sape yang nak bayar?????

Saudara rantau said...

depa nak kaya, untuk segelintir ja, sebab tu tak berani potong...

bukan gaji ja, malah siap tamak projek dan meniaga sana meniaga sini...

yg kaya terus jd paling kaya

yg miskin???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails