Friday, May 14, 2010

DUN Kedah Bubar: 3 Exco PKR, 1 ADUN DAP Dipanggil.



PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka. "Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut. "Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Sementara itu, tiga exco Kedah dari PKR dan seorang ADUN DAP, yang dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Pakatan Rakyat, menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka akan melompat parti. Tiga exco PKR itu ialah S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Sebaliknya, mereka menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Susulan itu, PAS Kedah dikatakan telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak daripada peristiwa 'Perak ke2' berlaku. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

DAP dan PKR terus dibuli oleh PAS Kedah
| May 14, 2010 02:33:23 pm
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10797

Saya merujuk kepada suatu laporan media di mana PAS Kedah akan memanggil ADUN PKR dan DAP Kedah untuk memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, pada 22 Mei depan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat Kedah.

Saya amat terperanjat dengan tindakan PAS Kedah secara terbuka memanggil ADUN PKR dan DAP Kedah memberi penjelasan tersebut di ceramah PAS di Kompleks PAS Kedah di hadapan ahli-ahli PAS.

Ia adalah berbeza sekiranya penjelasan tersebut dibuat di ceramah anjuran Pakatan Rakyat ataupun suatu mesyuarat tertutup.

Tindakan mengarah ADUN PKR dan DAP memberi penjelasan terbuka di ceramah anjuran PAS adalah suatu tindakan menunjukkan dominasi PAS dalam politiks Pakatan Rakyat di negeri Kedah. Ini juga merupakan satu lagi contoh DAP dan PKR dibuli oleh PAS di negeri Kedah.

Sekiranya wakil rakyat DAP dan PKR di Kedah ingin meninggalkan pentadbiran PAS negeri Kedah, PAS seharusnyat bertanya, kenapa wakil rakyat DAP dan PKR ingin berbuat demikian.

Pada bulan Julai 2009, wakil rakyat DAP telahpun menyatakan hasrat untuk meninggalkan pentadbiran PAS negeri Kedah apabila pusat penyembelihan babi dirobohkan di Alor Star, Kedah. Sehingga kini, pusat penyembelihan babi ganti yang dijanji oleh pentadbiran PAS negeri Kedah masih belum didirikan.

*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails