Friday, April 09, 2010

Letak Jawatan: Tak Mahu Subahat Dg DVD Seks.




KL. APRIL 08, 10 - Datin Paduka Chew Mei Fun (foto) hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA. Beliau turut melepaskan kedudukanya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sehubungan bekas Timbalan Ketua Wanita, Datuk Yu Chok Tow dipilih menggantikan Mei Fun menerajui sayap MCA itu manakala Tan Ah Eng yang merupakan bekas Naib Presiden parti dipilih sebagai timbalan. Pada masa sama, Mei Fun juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA berkuat kuasa hari ini.

Mengenai jawatan dalam kerajaan, beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini hari ini bahawa surat melepaskan jawatan sebagai senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya berkuat kuasa 29 April akan diserahkan esok.

Bagaimanapun beliau hanya melepaskan jawatan parti dan masih kekal sebagai ahli. "Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap misi dan matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya," katanya.

Tindakannya itu, jelasnya, adalah kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam MCA yang telah menyebabkan budaya dan nilai Wanita MCA telah terhakis. "Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," katanya.

Pada 16 Nov tahun lepas, Mei Fun memberitahu media bahawa beliau akan melepaskan jawatannya jika
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks, menjadi presiden MCA.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," kata Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau buktikan kenyataannya dengan meletakkan semua jawatannya termasuk Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau tidak mahu ber'presiden'kan orang yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks. Tidak mahu bersubahat.

Itulah seorang srikandi yang bermaruah.
Walaupun beliau bukan seorang Islam tetapi perjuangannya adalah selaras dengan kehendak-kehendak wanita Islam dan wanita yang bermoral. Bagaimana dengan Shahrizat Jalil, puteri UMNO dan lain-lain yang masih sanggup bersahabat dan bersubahat dengan pemimpin yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks? Datin Paduka Chew Mei Fun lebih bermaruah dari Shahrizat dan Puteri UMNO? (AK)

4 comments:

Anonymous said...

Tapi kita...masihkah kita pertahankan prinsip kita..membenci kemungkaran?

Apa yg berlaku di kalangan ahli politik UMNO all this while semakin memuliakan wanita? Atau
merosakkan?

Tinggalkan parti yg merosakkan.

ahmed said...

Mengenai jawatan dalam kerajaan, beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini hari ini bahawa surat melepaskan jawatan sebagai senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya berkuat kuasa 29 April akan diserahkan esok.

ali said...

Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," kata Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau buktikan kenyataannya dengan meletakkan semua jawatannya termasuk Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau tidak mahu ber'presiden'kan orang yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks. Tidak mahu bersubahat.

zaid said...

Tapi kita...masihkah kita pertahankan prinsip kita..membenci kemungkaran?

Apa yg berlaku di kalangan ahli politik UMNO all this while semakin memuliakan wanita? Atau
merosakkan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails