Tuesday, March 10, 2009

Mencari Agen Baja Organik Untuk M’sia & I’sia..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Selatan Thai.


“KALI ini saya tak mahu cakap politik lagi.. Saya nak tolong kawan saya pasarkan baja..” Kata kawan saya melelui telefon, yang akan saya temui di bandar Yala, selatan Thai, sebentar lagi.

“Ai, lain macam bunyi, tentu ada apa-apa?” Saya tanya, setelah kami bertemu disebuah kedai makan selepas itu, kerana dia belanja makan tomyam disebuah kedai antara yang tersedap dan termurah di bandar Yala (orang tempatan menyebutnya Jala).

Akhirnya, diberitahu juga bahawa kerana politik, rumahnya pernah dikepung polis beberapa tahun lalu, tetapi dia lepas. Dan dia mengambil keputusan untuk tidak aktif perkatakan politik buat sementara, tidak berhubungan telefon lagi dengan rakan-rakan perjuangan. Teringat saya, mungkin waktu itu saya pernah menelefonnya, dia tidak mahu bercakap politik, dia memberitahu dia tidak boleh keluar rumah, hatta bersembahyang subuh di masjid berhampiran rumahnya pun tak boleh. Nyawanya sedang terancam, waktu itu.

Sekarang baru jelas diberitahunya, “Sebenarnya, saya bukanlah aktif sangat dalam kancah politik. Saya cuma sering berceramah agama di mana-mana saya dijemput, terutamanya di selatan Thai dan sering menulis dalam web. Tapi tuduhan atas saya adalah berkaitan dengan web. Begitu juga dua orang kawan saya, mereka cuma mengajar agama di sekolah persendirian di Phnom Penh, Kemboja. Mereka ditahan sudah beberapa tahun lalu, dan sehingga sekarang tidak dapat di ketahui di penjara mana mereka berada. Menurut kenyataan Hun Sen Perdana Menteri Combodia, dia bukan hendak tangkap sangat, tetapi terpaksa kerana desakan dari luar negara, atas nama kempen anti keganasan.”

Begitu, terserlah lagi sebenarnya kempen anti keganasan, adalah projek Yahudi untuk musnahkan Islam.

“Ya! Mengenai pasaran baja, Bagaimana?”

“Kawan saya seorang ahli bisnes, syarikatnya telah dilantik untuk mengedarkan baja organik di selatan Thai, Malaysia dan Indonesia, di mana kilang pembuatannya di Bangkok. Saya teringat kamu, kalau-kalau boleh bantu! Apalagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dan Malaysia mula menumpukan di bidang pertanian pula, sehingga baja yang dibawa masuk dari luar negara pun diberi kemudahan pengecualian dari cukai.” Katanya.

“Apa yang boleh saya bantu?”

“Cuma cari siapa yang nak jadi agen? Harga dan mutu penghasilannya baik, hasil kajian dari beberapa university di Thailand. Baja organik dalam bentuk bijirin. Saya akan temukan dengan kawan saya itu. Itu sahaja!” Jelasnya lagi.

Jadi, melalui tulisan ini, siapa yang berminat untuk menjadi agen, atau mendapat butiran lanjut mengenai hal tersebut, sila hubungi: Syaifan e-mail: ibnuhasyim@gmail.com Itu langkah pertama. Langkah seterusnya akan menyusul.

Sekian, catatan perjalanan kali ini, semoga mendapat kemanfaatan bersama. Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com
Yala. Mac 10, 2009.

Sila lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim di Thailand..

1..November21, 2008 Thailand Perlu Parti Islam? 2..Wednesday, November 19, 2008 Bangkok: Pelacur Dari Saudi? 3..Thursday, November 13, 2008 Pattani: Al-Qaeda Isytihar Perang Mulai Muharam Ini.. 4..Saturday, January 10, 2009 Yala: Maaflah Kawan... 5..Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 6..Wednesday, January 7, 2009 Pattani: Cungkil Kenangan lama... 7..Monday, March 9, 2009 Raja Thai Sama Dengan Sultan Perak? 8..Tuesday, March 10, 2009 Mengapa Pekan Ini Tiada Peniaga Cina?

11 comments:

Pak Oncu said...

salam tuan,,,,,,,, saya cadang kan agar tuan buat hubungan dgn LPP atau Lembaga Pertubuhan Peladang dalam malaysia ini,,, insyaallah mereka mungkin nak jadi agen....

zaidi ali said...

Haa..sembang bisnes lagi best. Untung dapat hati pun senang sikit.

Saya pula pengimport Yellow Phosphorus P4 (bukan bom phosphorus ye!)komponen utama racun serangga, racun tikus dan Flash Bomb (penerang gelap gulita). Juga pengimport Wollasonite, komponen produk seramik. Semua made in India.

Lebih baik berniaga ikut sunnah Nabi daripada semedang berpolitik (ajaran siapa?).

Ibnu Hasyim said...

Pak Oncu,
T.kasih pandangan tuan..oo cukup baik. Al-hamdulillah,

Zaidi Ali,
Kita akan terus bincang ekonomi.

zaidi ali said...

White Phosphorus digunakan sebagai bom untuk membunuh Palestin.
Saudaranya Yellow Phosphorus diguna dalam "ubat tikus" dan racun makhluk perosak tanaman.
Sisanya kita telan bersama sayur tiap hari. Yellow Phosphorus merosakkan tulang dan usus manusia.

Wollasonite digunakan dalam pembuatan seramik tiles (yang kita pijak dalam rumah tu). Menyumbang kepada masalah jantung dan limpa.

Pak-pak Menteri terlalu sibuk berpolitik sampai terlupa untuk mengharamkan kemasukan (import) benda-benda di atas. Selagi tak haram selagi itu ada pembeli. Semua tu nak membunuh umat saja.

Pak Hasyim,
Sebenarnya bisnes saya ialah:
1) mengusaha kuari marble
2) mengusaha ekstrak mentah herba untuk kesihatan.

Benda bahaya saya tak jual. Baja organik atau urea tu tak bahaya dan saya sokong.

Kalau sesiapa ada contact untuk supply marble atau ekstrak mentah herba (segala jenis herba boleh saya ekstrak) boleh tolong rekmen (berkomisen lumayan).

"Bisnes lebih afdal dari berpolitik"

Terima kasih.

HeroHuruHara said...

Bro Zaidi,

contact untuk supply dalam ertikata bagaimana?

sila pilih di bawah:
A) Cari supplier
ATAU
B) Cari pembeli dan bergerak sebagai supplier

Kalau bab ekonomi saya minat walaupun bukan bisnes ana yang punya tapi bab membantu anta atas dasar persaudaraan Islam...Insya Allah

zaidi ali said...

B) Cari pembeli dan bergerak sebagai supplier. Pasaran lokal & global.

Pak Hasyim boleh distribute ekstrak tulen kepada HPA (kawan baik Pak Hasyim tuu!).

Tulen maknanya 100% tulen dan diguna sikit saja sebagai bahan mentah/bahan aktif.

HeroHuruHara said...

ic

kira seperti buat minyak pati la ni ..
mendapatkan 100% pati asli sebagai ester.

ada seorang Indon di Penang pun mencari pembeli untuk benda sama... kesian dia 4 tahun dah menaga tapi tadak constant buyer.

saya sarankan Bro Zaidi hubungi Bro Rushdi Abdullah (pemilik Dunia Herbs)...

dia mencari constant supplier utk minyak pati dan ekstrak tulin

zaidi ali said...

Alhamdulillah. Saya akan contact Bro Rushdi ASAP. Insya Allah.

Rakan saya Dr. Abu mengetuai team production dan R&D. Kilang ekstrak di Pahang. Mesin ektraksi saiz komersil akan tiba sikit masa lagi dari Germany. Insya Allah bulan April test run & production utk ekstrak2 tulen Minyak Kelapa Dara, Vanilin, Habbatussauda, Serai Wangi & Mulberry. Semua jenis akar kayu, ubi dan daun herba boleh diekstrak. Daun kari (karipoleh) pun boleh! Nanti saya souvenir sikit extract 100% ubi jaga + gambir Sarawak pada Pak Hasyim & Hero. Viagra boleh masuk tong sampah!

Kalau ada rezeki nak buka kilang ekstrak biotech di Pulau Betong.
Mana tau sikit hari jadi Pulau Betong Biotech County? he..he.

HeroHuruHara said...

kalau tak salah Dr. Abu berpusat di Gambang ..tempat pengeluaran hasil agro skala makro.

Isk kenapa tak cakap awal-awal nak beli 'extraction machine'...kalau tidak dapat jugak saya send saya punya quotation. Made in Malaysia but Technology, Part and Design dari Germany. Takpa lain kali mungkin ada rezeki tang ni..

Habbatus Sawda mengikut design machine yang saya ada buat hanya system 'cold press' yang terbaik untuk dapatkan minyak bermutu tinggi. Sebabnya minyak habbatus sawda perlu bebas dari haba untuk mendapatkan minyak berkualiti tinggi dan palng tinggi purity nutriennya.

serai wangi (citronella) memang guna 100% teknik penyulingan.
mulberry juga baik guna penyulingan..jadikan jus khusus utk supplementary drink menghindar penyakit berkaitan cardiovascular.

Mungkin fakta yg saya bagi di atas kurang tepat sebab saya cuma jalankan R&D utk mesin tapi masa yg sama saya study dan review fundamental material (herbs tadi) untuk hasilkan mesin yg menepati piawaian pemprosesan yg betul.

tapi kalau murah rezeki nak dapat sikit souvenir dari Bro Zaidi..janganla bagi ubi jaga atau gambir sarawak extract. Bagi saya esktrak herbs yang boleh menjadi penawar 'bronchitis'. Anak saya sejak umur 1 bulan menghidap ni... ada satu pokok herba yang saya guna la ni secara tradisional kalau kronik penat dia.. alhamdulilah mujarab tapi tak tau pulak nama pokok ni..saya ada tanam
pokok ni..mungkin kalau jumpa saya boleh bagi untuk further R&D..mana tahu ni boleh ganti 'kodein' dalam ubat batuk

zaidi ali said...

Hero.
Teknik yang kami guna bukan 'cold press' tapi Supercritical Carbon Dioxide -High Pressure Low Temperature. Pada suhu 30deg C, molekul gas CO2 di tembak pada momentum tinggi kepada sel tumbuhan. Semua nutrien tumbuhan akan diekstrak keluar bersama molekul gas yang tembus dari sepah tumbuhan. Gas disejuk dan segala nutrien di kumpul. Gas di kitar semula. Haba dan sentuhan yang minima menghasilkan xtract yang penuh khasiat dan bebas bacteria.

Dr. Abu cuma panggilan manja. Nama sebenar bukan Abu. Dia dapat PhD dari Osaka. Kami kawan baik dari sekolah menengah lagi.

Untuk Brochitis saya syorkan sesudu Minyak Kelapa Dara Tulen + 3 titik Habbatussauda Tulen, 3X sehari. InsyaAllah.

sham said...

saya ingin mencari pembeli atau ajen ubi jaga,,,RM60/KG,,0196104325,,,JIKA MERMINAT SILA CLL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails