Thursday, March 12, 2009

Kalahkan Israel Dengan Solat Tahajjud?

Khamis, 12/03/2009 - Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

SOLAT Tahajjud dapat menjawab semua persoalan hidup. Baik masalah peribadi, keluarga, dan bangsa. Sebab, dengan Tahajjud, relasi dengan Allah akan menjadi lebih dekat. Bahkan dengan tahajjud, kita dapat mengalahkan Israel. Demikian disampaikan oleh trainer solat tahajjud, Prof. Dr. Muhammad Sholeh.

“Kita bisa mengatasi Israel dengan Tahajjud. Doa akan mudah didengar dan diijabah Allah,” katanya dalam acara ‘Student Motivation Week’ di Sekolah Tinggi Agama Islam Luqman Al-Hakim (STAIL), Surabaya, Rabu (Mac 11) kemarin. Menurut beliau lagi, tahajjud menyimpan banyak faedah. Tidak hanya menyehatkan, namun juga memberikan kekuatan spiritual. Kekuatan itulah yang dapat mengalahkan Israel sebagai musuh palestin dan umat Islam.

Seperti yang terjadi dalam perang Badr, ketika itu Rasulullah SAW menghadapi musuh dengan kekuatan tidak seimbang. Hal itu menurut Muhammad Sholeh lagi, yang membuat Rasulullah sedih, bimbang pasukannya akan kalah. “Tidak hanya dalam perang Badar, umat Islam juga mengalahkan imperium Bizantium Romawi dengan pasukan yang tidak seimbang. Namun tradisi tahajjudnya sangat terjaga.” Tambahnya.

Oleh kerana itu, pada malam harinya Rasulullah bangun menunaikan tahajjud. Dengan agak sedikit menekan Allah, Rasul itu berdoa. “Jika seandainya pasukan Muslimin kalah, maka Engkau tidak akan disembah lagi selama-lamanya.” Hal itu dilakukan Nabi hingga waktu subuh.

Bila mengetahui, serban nabi jatuh dan pipinya basah oleh air mata, maka Abu Bakar mengatakan, “Sudahlah Rasulullah, Allah mendengar doamu!” Maka betul, paginya pasukan Rasulullah dapat memenangkan pertarungan Badar.

Prof Dr Muhammad Sholeh berkesimpulan, untuk mengalahkan Israel, umat Islam mesti laksanakan solat Tahajjud. Tradisi mulia itu kini jarang dilakukan umat Islam, padahal ianya memiliki kekuatan luar biasa. Dulu para sahabat ibarat rahib dimalam hari dan singa di siang hari. Sedangkan sekarang, majoriti umat Islam mengalami degradasi iman. Sehingga ‘izzah’nya hilang, menyebabkan sangat mudah dikalahkan. Maka tahajjud, merupakan alat meningkatkan iman tersebut. [sumber www.hidayatullah.com dll.]

Itulah satu lagi senjata yang masih ramai di kalangan kita yang tidak faham, dalam perjuangan Jihad untuk mengalahkan Israel bangsat itu! Sekian, catatan santai kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 12, 2009. KL.

Sila lihat tulisan lalu di blog ini..

1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 5..Wednesday, February 25, 2009 Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails