Wednesday, November 19, 2008

Bangkok: Pelacur Dari Saudi?

Catatan Perjalanan: Ibnu Hasyim

SEKARANG saya berada di Klong Jan, sebuah perkampungan orang Islam di kota Bangkok. Sebuah kampong antara banyak lagi kampong-kampung orang Islam di negara Buddha, Gajah Putih itu, sehingga hasil darinya mampu terwujud sebuah pekan Islam di bandar itu.

“Saya tinggal di sini baru beberapa bulan..” Kata se orang anak muda.

Dia berasal dari Pattani, tetapi tinggal lama dan membesar di Makkah, Arab Saudi. Setelah selesai di melanjutkan pelajaran di Saudi terus ke Mesir, dia kembali ke Pattani. Kini baru membuka pejabat perunding kesihatan di Nana, sebuah pekan Arab di Bangkok. Pekan Arab di Bangkok mengingatkan saya kepada kisah-kisah lama saya bersama dia dan ayahnya, ketika kami sama-sama berada di sebuah pekan Jawi atau Pekan Melayu di kota Makkah sekitar tahun 1987.

Sebuah pekan kecil di kaki bukit, dalam kota Makkah, dihuni oleh ramai orang-orang Melayu, terutamanya dari Pattani, Indonesia, dan sikit-sikit dari Malaya. Terasa bagaikan di negara sendiri, bila bahasa perantaraannya adalah bahasa Melayu. Makanan yang dijual pun banyak makanan Melayu. Pekedai-pekedai dan pengunjungnya pun terdiri dari ramai orang Melayu. Bahkan kalau nak makan jering, petai atau belacan pun ada dijual di sana.

Terbayang juga di malam hari, ketika kami sering bertemu dan mengisap ‘syisya’ atau juraq di ‘sutuh’sebuah restoran di kaki Jabal Nur, sementara menunggu masuk waktu subuh untuk pergi bersholat di Masjidil Haram. Detik-detik yang kami sama-sama tidak dapat lupakan.
“… cuma di sini di pekan Arab Bangkok ini, ramai pengunjung-pengunjung bangsa Arab yang datang, bukan kerana tuntutan ibadat sebagaimana orang-orang kita pergi ke Makkah menyahut panggilan Ilahi di rumahNya, dan menziarahi bumi kelahiran Nabi akhir zaman…” Kata anak muda itu, semasa kami berada di Restoran Mesir berhampiran pejabatnya.

“Jadi, mereka datang kerana apa?” Saya tanya, sambil-sambil menghisap juraq yang sudah puluhan tahun saya tinggalkan. Tak pernah hisap lagi. Di iringi lagu-lagu dan tv Arab yang menjolok mata dan mencungkil telinga.

“Mu tengok sendiri la!” Jawabnya. Sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan Arab dengan wanita-wanita Asia yang lalu lalang di situ. Kadang-kadang mereka tetap dengan pakaian kebangsaan mereka berjubah serban. “Tu!” Katanya bila melihat seorang wanita yang rupanya macam perempuan Arab, tetapi memakai baju terbuka lebar dadanya. Nampak macam sedang cari pelanggan ‘khidmat seks’. “Itu pelacur dari Kazakhstan! Dah punah habis puak-puak Arab ni.. As-taghfirullah…”

“Ada ke pelacur-pelacur dari negara Arab?”

“Oo ramai.”

“Dari bumi Makkah atau Saudi Arabia?”

“Secara terang-terang belum ada. Tetapi secara ‘terhormat’ atau kelas tinggi ada, dan bukan tujuan semata-mata mencari makan.” Jelas anak muda itu lagi.

Teringat pula, malam tadi saya di airport Bangkok. Saya bertemu dengan seorang lelaki Mesir yang datang seorang diri ke Bangkok. Bila saya tanya dia, mengapa pilih melancung ke Bangkok tidak ke Malaysia, jawabnya, “Kerana Thai negara pelancung. Malaysia tidak sebebas Thai..”

Jadi itulah bezanya, orang kita yang buka perkambungan Melayu di Makkah dengan orang Arab di Bangkok. Malamnya, saya dibawa oleh anak muda itu tidur di bilik sewa di perkampungan Islam Klong Jan, di pinggir klong yang membelahi ibukota Thai itu.

Catatan Perjalanan:
ibnuhasyim.com(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
November16. 2008.
Klong Jan, Bangkok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails