Wednesday, December 07, 2022

Ini, tokey Genting dana PKR? & DAP-PH rasis...

 


1. Tokey genting penyumbang dana PKR?

KUALA LUMPUR – Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin bertindak membuat akuan bersumpah (SD) berhubung dakwaan PKR menerima dana jutaan ringgit daripada jutawan bernama John Soh.

Dakwaan beliau itu sebelum ini tidak dijawab oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan SD dibuat bagi membuktikan kebenaran ke atas tuduhannya.

Badrul Hisham atau dikenali Chegubard itu dalam SD tersebut berkata, langkah tersebut diambil bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan tersebut dan sedia diambil tindakan jika ia tidak benar.

“Akuan ini dibuat bagi membersihkan nama saya dan mengiikrarkan semua yang saya tulis dalam artikel berkenaan adalah benar. 
“Saya terbuka untuk disiasat dan diambil tindakan jika mana-mana bahagian dalam akuan berkanun saya ini salah dan menipu. Saya membuat akuan ini dengan bertanggungjawab sepenuhnya berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960,” kata Badrul Hisham dalam SD tersebut bertarikh 17 April.

Dalam artikel terdahulunya pada 11 April bertajuk “Tiba-tiba nama John Soh diseru ketika dia dipenjara”, Badrul Hisham mendesak supaya PKR menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.

“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau.

Tujuan artikel tersebut ditulis oleh Badrul Hisham adalah bertujuan membangkitkan kenyataan Rafizi yang enggan menjawab tuduhan dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berhubung dana PKR yang disumbang oleh John Soh.

Rafizi sebelum ini juga membuat tuduhan terhadap Pas berhubung sejumlah dana yang disalurkan kepada bekas pemimpin tertinggi parti Islam itu, Datuk Nasharuddin Mat Isa yang sudah pun dinafikan.

Susulan pengakuan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan juga menyindir Rafizi bahawa PKR juga ada menerima dana daripada individu luar dengan menggunakan pendedahan dibuat oleh Badrul Hisham itu. – Malaysia Gazette


2. Asyraf Wajdi kemuka 10 bukti DAP-PH pencetus api perkauman dan rasis 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis

Antara 10 BUKTI utama sikap dan kenyataan rasis dan cauvinis DAP-PH, termasuklah:-

(1) Menteri Sumber Manusia DAP, YB M. Kulasegaran menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018)

(2) Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018)

(3) Kenyataan bersama Menteri-menteri PH India di Parlimen selepas tuduhan YB Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Mariamman Seafield hakikatnya membakar api perkauman dan menambah kemarahan orang India sehingga dilaporkan berkumpul seramai 10,000 di Kuil Sri Marimman pada malam kedua mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlakunya peristiwa kematian anggota bomba Arwah Adib. (26 November 2018)

(4) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019)

(5) Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika UMNO-PAS berjaya berkerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. (8 Mac 2019)

(6) Pemimpin DAP, YB Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan UMNO dan PAS bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang pilihanraya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dikalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini. (9 Mac 2019)

(7) Adun Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstrimis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. (16 Mac 2019)

(8) Ahli Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. (9 Ogos 2019)

(9) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa Kerajaan UMNO dan PAS jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia. (19 Ogos 2019)

(10) Kenyataan rasis dan cauvinis Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil. Walaupun ini kenyataan lama, tetapi keangkuhan Waytha Moorthy untuk tidak mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH. (youtube.com/watch?v=IvgiNVgU8gY)

Banyak lagi bukti-bukti lain jika hendak disebutkan yang menyerlahkan sifat dan sikap perkauman pimpinan PH yang berterusan membangkitkan kebencian dan prejudis antara agama dan kaum. 

Justeru, Pemuda UMNO berharap pihak polis dan Peguam Negara agar bertindak tegas tanpa pilih kasih dalam tindakan mereka untuk membawa mereka yang mencetuskan api perkauman ke muka pengadilan. Setiap rakyat juga wajar menolak mereka yang berterusan membangkitkan kebencian antara kaum, demi menyelamatkan negara kita tercinta Malaysia agar terus kekal aman, stabil dan harmoni walaupun rakyatnya majmuk dengan kepelbagaian agama dan kaum.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

3 September 2019


Komen Weblog Ibnu HasyimIni, tokey Genting dana PKR? & DAP-PH rasis...

Ya, bongkar lagi kerja-kerja jahat PKR-DAP-PH, tambah lagi BN...

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

7 comments:

Anonymous said...

Ari ini mengundi di Tioman dan B.Serai... insyallah kali pertama UMNO hilang deposit...!!

Tungguuu

Anonymous said...

Pas x dedah pun dana politik pkr dari sumber judi. Rakyat yg dedahkan. Elok dedahkan lagi. Biar rakyat tahu hanki panki dlm parti luar tabii.

Anonymous said...

Sprm x nak siasat ker apa yg cikgu bard dedahkan. Jangan pilih pilih kes udahlah.

Anonymous said...

Amat berat dakwaan bekas ahli seumur hidup PKR diatas, harap SPRM dapat siasat dengan segera!

Anonymous said...

Jom semua ahli2 akar umbi MN, kita menangkan lagi calon PN di P Serai dan Tioman. Kita telah berjaya lakukan dlm PRU lalu dan akan terus istiqamah dlm PRU akan datang. InsyaAllah kita akar umbi MN bersama2 PN akan dapat merobohkan kerajaan minoriti DAP/PH! Ianya amalan yg dibenarkan dlm demokrasi dan patut diraikan...

Anonymous said...

Merasuah pemimpin2 UMNO dan parti GPS dengan jabatan, pangkat, kedudukan dan kementerian utk mendapat kuasa PM adalah perbuatan tidak bermoral! Harap SPRM dapat menyiasat perlakuan rasuah ini dengan segera!!!

Anonymous said...

Amat bahaya bilamana puak2 pemberi rasuah dan penerima rasuah sudah berada didalam gabungan minoriti yg memerintah negara???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails