Tuesday, November 15, 2022

TS Muhyiddin tolak kerjasama BERSATU-PAS. & sebaknya hati.

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika berucap pada Program Sembang Petang Bersama Abah di Taman Sri Stulang, Johor, hari ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

1. Muhyiddin tolak dakwaan kerjasama BERSATU, PAS ibarat kahwin mutaah

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan kononnya hubungan dan kerjasama antara BERSATU dan PAS dalam gabungan itu, ibarat 'kahwin mutaah' (kontrak/sementara).

Beliau yang juga Presiden BERSATU sebaliknya menyifatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua parti itu cukup baik dan rapat, memandangkan mereka adalah pengasas kepada penubuhan gabungan itu.

"Kita punya jalinan kerjasama cukup kuat, sebab PAS adalah pengasas PN, lepas itu Gerakan sertai (PN), kemudian Sabah (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), tetapi pengasas ialah BERSATU dan PAS, ini (hubungan) bukan mutaah.

"Dari segi politik, jalinan kami cukup baik. Mereka yang kata begitu mungkin kerana (bimbang) sokongan kami cukup kuat," katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Petang Bersama Abah di Taman Sri Stulang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang mendakwa hubungan BERSATU dan PAS dalam PN diibaratkan sebagai 'perkahwinan mutaah'.

Terdahulu, Mahdzir dilaporkan berkata, hubungan BERSATU dan PAS diibaratkan sebagai perkahwinan mutaah atau sementara dan bukan sesuatu yang menghairankan jika pemimpin kedua-kedua parti mengeluarkan kenyataan bercanggah, berhubung pendirian mereka.  

Mahdzir, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bersama Pekebun Kecil anjuran Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Musa, Pedu, di Kuala Nerang, hari ini.

Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap itu berkata demikian mengulas perbezaan pendirian antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Muhyiddin berhubung isu kerjasama antara parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Takiyuddin dilaporkan berkata, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Bagaimanapun, Muhyiddin hari ini menyanggah kenyataan dibuat Takiyuddin berhubung isu bekerjasama dengan BN itu.

Katanya, beliau tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk bertindak sedemikian.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Muhyiddin turut mengulangi pendirian tidak akan bergabung dengan parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Kami mahu lawan atas satu platform kami sendiri iaitu PN, tidak ada hendak berbaik-baik dengan BN, apa lagi dengan PH (Pakatan Harapan)," katanya yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PN parti paling kaya di Malaysia, bekas Perdana Menteri itu mencabar calon Parlimen Tambun itu untuk mengemukakan bukti.

"Apa bukti? Kalau hendak tunjukkan akaun bank antara PN dengan PH, saya boleh tunjukkan, boleh tidak Anwar tunjukkan akaun dia?

"Kami sebuah parti baharu, kami tidak mempunyai banyak sumber, kami hanya bergantung kepada mereka yang mahu membantu kami, itu sahaja… saya cabar dia," katanya.

Anwar dilaporkan mendakwa, PN parti politik paling kaya ketika ini berikutan banyak memperoleh projek bernilai bilion ringgit ketika tempoh pandemik COVID-19.

Beliau turut mendakwa, Muhyiddin yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, banyak mengeluarkan projek tanpa tender kepada pihak tertentu. (BH)


2. Ya Allah, sebaknya hati… 

KUALA LUMPUR: ‘Ya Allah, sebaknya hati…’ demikian tajuk pada satu hantaran menerusi laman Facebook calon PERIKATAN NASIONAL bagi DUN Cheka, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ustaz, tahun 2018 kami nak buka bilik operasi pun tak boleh…”

“Masya-Allah, kali ini telah tersergam megah,” tulisnya.

Menurutnya, PERIKATAN NASIONAL Cheka telah buka bilik operasi di Batu 9, Kenong dan bertekad kuat untuk memenangi kawasan itu.

Katanya lagi, para petugas telah bersedia dan sedang berkempen untuk memenangkan PERIKATAN NASIONAL di Cheka dan Parlimen Lipis.

“Insya-Allah. Kita doakan Cheka, Lipis dan Pahang menang bersama Perikatan Nasional tahun ini,” ujarnya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Dalam hantaran lain, beliau menyatakan bahawa rakyat Cheka mula cetus perubahan.

Menurut Tuan Ibrahim, program minum petang semalam bersama para petugas PERIKATAN NASIONAL dan pengundi di Batu 9, Kenong dan Jeram Landak menerima sambutan yang amat baik.

“Insya-Allah, rakyat sudah mula berani mencetus perubahan. Kita berharap momentum terus dinamik hingga 19 November ini,” tambahnya.

Menerusi satu lagi hantaran, beliau memuat naik foto orang ramai yang hadir pada program ceramah di Kampung Kerambit, malam tadi. (Foto bawah)

“Alhamdulillah, ramai pengundi sekitar Kerambit hadir mendengar penjelasan isu-isu semasa termasuk tawaran BEST Perikatan Nasional khususnya untuk rakyat negeri Pahang.

“Terima kasih mereka yang sudi hadir. Teruskan bersama dan mengundi PERIKATAN NASIONAL pada 19 November ini nanti,” katanya. 

Tuan Ibrahim menghadapi saingan daripada Dr Rasid Muhamad (PH), Aishaton Abu Bakar (PEJUANG) dan Ho Fong Mee (BN) pada PRU15 ini.

Pada PRU14 lalu, DUN Cheka dimenangi calon BN, Lee Ah Wong yang memperolehi 3,475 undi dengan majoriti 202 undi. Calon PAS, Saludin Endol mendapat 3,273 undi dan Rasid Muhamad (PKR – 2,930).

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya, jumlah pengundi DUN Cheka pada PRU15 adalah seramai 15,962 orang dengan 859 pengundi awal. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: TS Muhyiddin tolak kerjasama BERSATU-PAS. & sebaknya hati.

Semuanya al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails