Saturday, November 19, 2022

RM530 bilion, rangsangan ekonomi TS Muhyiddin. Ini..

 


1. Pakej Rangsangan Ekonomi RM530 bilion TSMY

SEMALAM ada ahli politik Pakatan Harapan mahu menyiasat ‘RM500 bilion’ (sebenarnya RM530 bilion) Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah TSMY. Di sini diceritakan nilai di sebalik RM530 bilion tu. Then, terpulang kepada masing-masing nak buat judgement

1. Secara asasnya, RM530 bilion itu jumlah keseluruhan lapan (8) Pakej Rangsangan Ekonomi yang disalurkan sejak Mac 2020. Boleh tengok jadual di bawah. 

2. Tetapi, jumlah duit yang kerajaan belanja (suntikan fiskal) adalah RM38 bilion (2020), RM37.7 bilion (2021) dan unjuran RM28.8 bilion (2022). 

3. Apa beza keseluruhan pakej rangsangan dengan suntikan fiskal? Beza dia kerajaan hanya berbelanja RM75.7 bilion sahaja (2020-2021) bukan belanja ‘RM500 bilion’ macam yang didakwa. 

4. Fikir logik sikit, mana nak cekau duit sampai RM500 bilion. Unjuran hasil kerajaan pun hanya RM285 bilion tahun 2022. 

5. Lagipun, dalam pakej rangsangan itu termasuk juga moratorium. Jumlah moratorium PRIHATIN dan PEMULIH saja dah RM115 bilion. Bukan kerajaan belanja sampai nilai tu, tapi itu adalah jumlah manfaat yang termasuk bila kerajaan bagi moratorium.

6. Bagaimana kerajaan mengurus suntikan fiskal itu untuk menampung pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Belanjawan 2021-2023?

7. Kalau duit itu ditampung dalam Perbelanjaan Mengurus, semestinya ia akan melanggar disiplin fiskal kerana Hasil Kerajaan mesti cukup untuk menampung Perbelanjaan Mengurus. 

8. Sebab itu untuk tangani isu ini, kerajaan menggubal Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020 [Akta 830].

9. Tujuan penggubalan akta ini adalah;

i. Tingkatkan had statutori hutang di bawah Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 daripada 55 kepada 60 peratus.

ii. Tubuhkan Kumpulan Wang COVID-19 di bawah Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan digunakan untuk biayai suntikan fiskal dalam Pakej Rangsangan Ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi. 

iii. Ia hanyalah langkah sementara untuk tackle fiskal Kerajaan sehingga tahun 2023. 

10. Had statutori ini kemudian naik lagi pada pindaan 2021 kepada 65 peratus. Tujuan dia sebab nak sediakan ruang fiskal yang besar untuk berbelanja.

11. Dalam Kumpulan Wang COVID-19 ini, Kerajaan letak had siling untuk dibelanjakan RM45 bilion, kemudian had siling dinaikkan kepada RM65 bilion (Disember 2020). Tahun lepas, tambah lagi kepada RM110 bilion.

12. Jadi, kalau ikut keseluruhan fiskal yang dibelanjakan setakat ini adalah RM38 bilion (2020), RM37.7 bilion (2021), RM28.8 bilion (2022) dan anggaran RM5 bilion (2023). 

13. Kenapa perlu ada Kumpulan Wang COVID-19? Kumpulan Wang COVID-19 ini adalah pinjaman dan dimasukkan di bawah Perbelanjaan Pembangunan, bukan Perbelanjaan Mengurus.

14. Kesan langsung dia adalah defisit fiskal kerajaan semakin besar. Defisit fiskal kepada KDNK adalah 6.4 peratus (2021), 5.8 (2022) dan anggaran 5.5 (2023).

15. Cuma kita kena lihat survival rakyat dan negara. Sebab itu KDNK kita dapat lantunan semula selepas menguncup pada 2020.

16. Perincian setiap perbelanjaan untuk suntikan fiskal itu telah dinyatakan dalam jadual penggubalan dan pindaan Akta 830 tadi serta laporan LAKSANA. 

17. Ironi juga benda sebegini dijadikan isu dan dibingkaikan sedemikian rupa dalam konteks penyelewengan. Dulu depa cakap tak cukup, sekarang cakap ia terlalu besaq

I rest my case. Wallahua’lam.

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 16/11/2022


2. Kos sara hidup, gaji minimum paling beri kesan kepada rakyat - MyUndi  

KUALA LUMPUR: Kos sara hidup dan gaji minimum adalah isu yang paling memberi kesan langsung kepada rakyat di negara ini.

Ia berdasarkan kajian dijalankan di portal MyUndi melalui ruangan Suara Kita, membabitkan 2,074 responden di seluruh negara, daripada pelbagai peringkat usia.

Sebanyak 27.4 peratus responden menyatakan isu kos sara hidup memberi kesan langsung kepada mereka, manakala 14.3 peratus adalah mengenai isu gaji minimum.

Ia diikuti isu pendidikan (13.3 peratus), krisis makanan (12.8 peratus), alam sekitar (11.6 peratus), keselamatan (11.1 peratus) dan pengangkutan awam (9.5 peratus).

Berdasarkan kajian, responden di Selangor, Johor dan Kuala Lumpur adalah mereka yang paling terkesan dengan isu kos sara hidup dan gaji minimum, yang mempengaruhi kehidupan B40 dan M40.

Responden dalam kumpulan usia 18 hingga 24 tahun pula dikenal pasti menjadi golongan yang paling terkesan dengan isu gaji minimum.

"Ini disebabkan hakikat yang golongan ini ialah mereka yang memasuki tenaga kerja dan memulakan kehidupan bekerja mereka," katanya rumusan kajian itu.

Selain itu, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang dipilih selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memberi keutamaan kepada isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat, masing-masing membabitkan 32.1 dan 30.1 peratus responden.

Sebanyak 19.9 peratus responden mahu keutamaan diberikan kepada pembinaan fasiliti untuk rakyat dan 17.8 peratus kepada isu kelestarian alam sekitar serta keselamatan makanan.

Dari segi pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), majoriti responden akan membuat keputusan mengundi berdasarkan calon, membabitkan 31.5 peratus.

Faktor lain yang mempengaruhi mereka adalah parti politik (27.1 peratus), manifesto parti (21 peratus) dan gabungan parti politik (20.4 peratus)

"Calon perlu memenangi kepercayaan rakyat dan juga mewakili parti pilihan mereka untuk menang dalam PRU," katanya.

Pada masa sama, lebih separuh daripada responden (51.7 peratus) mahu kempen pilihan raya oleh calon membentangkan langkah bagi mengatasi masalah dan isu rakyat.

Sebanyak 24.7 peratus mahu melihat debat antara calon Perdana Menteri, debat calon yang bertanding (14.6 peratus) dan ceramah (sembilan peratus). (BH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails