Wednesday, November 16, 2022

Noor Kumalasari: Tinggalkan lakonan. UNDI apa?

 

Pintu hati Noor Kumalasari tertutup berlakon lagi berikutan serik menunggu hingga lima jam di set penggambaran gara-gara sikap pelakon gandingan mengejar dua hingga tiga ‘job’ serentak.

HALAMAN HIBURAN

'Selamat tinggal dunia lakonan' -Noor Kumalasari

KUALA LUMPUR: Bintang veteran, Noor Kumalasari, 66, mengaku hatinya sudah tertutup untuk berlakon lagi. Semuanya berpunca daripada rasa serik menunggu hingga lima jam di set penggambaran gara-gara sikap pelakon gandingan mengejar dua hingga tiga 'job' serentak lantas menyusahkan kru produksi.

Bekas model, pelakon dan penyanyi itu mengaku sudah masak dengan kerenah artis sekarang, biarpun sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke set penggambaran selepas kali terakhir membintangi telefilem Pintu No 9 Masjid Nabawi pada 2017.

Ujar pelakon yang membahasakan dirinya sebagai Noor itu, hampir semua watak pernah dibawanya. Justeru, Noor Kumalasari merasakan sudah cukup pengalaman yang diraih selama ini.

"Jika ditanya, memang buat masa ini, saya sudah menutup pintu hati daripada berlakon.

"Saya tidak nampak hati akan terbuka kembali, melainkan sekiranya ada skrip yang benar-benar bagus hingga dapat mencungkil bakat saya.

"Boleh dikatakan semua karakter pernah saya bawa, jadi tiada apa yang perlu dikejar lagi.

"Lagipun, saya tiada hati untuk berlakon kerana tidak sanggup menunggu dan menghadap kerenah artis sekarang.

"Saya pernah terpaksa menunggu kedatangan seorang artis ke set drama selama lima jam, tetapi akhirnya, penggambaran dibatalkan kerana artis itu tidak datang gara-gara terikat dengan komitmen di set lain.

"Itulah antara punca kenapa saya enggan berlakon lagi," katanya kepada BH Online.

Komen Weblog Ibnu HasyimNoor Kumalasari: Tinggalkan lakonan. UNDI apa dalam PU15 ini?

Melihat kepada bekas pelakon Noor Kumalasari, berpakaian pun sudah menutup aurat, sudah tentu memilih seluruh gaya hidup Islam. Dalam Islam ada sistem pergaulannya, ekonominya, bahkan dalam politik pun.

Dalam politik agak-agak Noor Kumalasari undi parti apa? Kalau lihat pakaian, macam undi PAS atau parti Islam?

Alhamdulillah, hanya Allah saja yang Maha Tahu.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails