Thursday, November 17, 2022

PN X didominasi BERSATU. & BN, PH bentuk jajaran..

 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hadir pada Program Sepetang Bersamanya di Perkarangan Hadapan Pasar Batu Enam, hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori 

1. PN tidak didominasi BERSATU - Tuan Ibrahim

KUALA NERUS: PAS menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak didominasi BERSATU walaupun segala keputusan pakatan itu diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sudah menjadi amalan lazim bagi pengerusi atau pemimpin sesuatu pakatan parti mengumumkan hasil mesyuarat bersama anggota gabungan.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, segala keputusan diumumkan Muhyiddin adalah keputusan bersama dibuat parti komponen dalam gabungan PN itu.

"PN mempunyai majlis tertinggi dan sering mengadakan perjumpaan antara Muhyiddin, Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) serta parti komponen lain. 

"Sama dengan Barisan Nasional (BN). Orang melihat BN didominasi UMNO, padahal bersama-sama. Jadi, samalah kita pun apabila bermesyuarat, Muhyiddin akan mempengerusikan dan kenyataan dikeluarkan beliau," katanya selepas Program Sepetang Bersamanya di Perkarangan Hadapan Pasar Batu Enam, hari ini.

Yang turut hadir, calon PAS di Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Samsuddin.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, penggunaan logo PAS di Terengganu dan Kelantan dibuat dengan mengambil kira dua negeri itu menjadi tunjang kekuatan PAS serta diakui PN.

"Sebab itu PN memberi kebenaran supaya menggunakan logo PAS di Terengganu dan Kelantan kerana mudah mendapat sokongan berbanding menggunakan logo lain," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata PN kini hanya fokus kepada usaha mentadbir negara secara bersendirian selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa gabungan parti lain. 

....

.....

2. BN, PH dijangka bentuk jajaran baharu politik 

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka bekerjasama membentuk jajaran baharu politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PERIKATAN NASIONAL Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang, banyak pihak mengandaikan tiada gabungan parti yang dapat keputusan majoriti.

Bahkan katanya, perkara itu turut didedah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ada perjanjian antara BN dan PH mengenai perkara tersebut.

“Ambo jarang nak percaya Tun, tetapi dalam bab ini rasa nak percaya, bab ni ambo percaya Tun, dia (Umno) nak pakat, kalau tanya dia (Umno) tidak akan mengaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pada Ceramah Umum Machang Bangkit di Dataran Kemuning Jalan Lama Kuala Krai Kota Bharu di sini malam tadi.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Machang Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Ketua Bersatu Machang Kamaruddin Abdul Kadir dan calon PERIKATAN NASIONAL, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mohd Nassuruddin juga berkata semua orang tahu Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berhadapan perbicaraan kes di mahkamah yang mahu PRU15 diadakan segera.

“PRU15 ini kelihatan kerana kepentingan individu, bukannya untuk membela rakyat yang terbeban selepas Covid-19. Sedangkan di musim tengkujuh sekarang rakyat berdepan dengan banjir.

“Kita semua tahu bulan November dan Disember musim tengkujuh, tetapi Umno mahu PRU diadakan kerana nak dapat kuasa, dia tidak kira, rakyat susah atau tidak. 

“Tetapi dia tekan Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan. Sedangkan rakyat di banyak tempat sekarang ramai rakyat dipindahkan kerana banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Orang ramai yang hadir pada Ceramah Umum Machang Bangkit, malam tadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN X didominasi BERSATU. & BN, PH akan bentuk jajaran baharu..

Politik makin mencabar?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails