Thursday, November 17, 2022

Filem Joyland Pakistan, Taliban & DAP ekstrim..

 


HALAMAN HIBURAN

1. Pakistan haramkan filem Joyland

ISLAMABADPakistan: Pakistan telah menyekat tayangan filem berjudul, Joyland di seluruh negara itu, seminggu sebelum filem Pakistan pertama yang ditayangkan di Festival Filem Cannes itu ditayangkan di rangkaian pawagam di negara Asia Selatan itu.

Pada Ogos lepas, Lembaga Pusat Penapis Filem (CBFC) Pakistan memberikan sijil membenarkan filem itu ditayangkan, tetapi pada Jumaat (11 Nov), Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan mengeluarkan notis mengatakan sijil itu kini ‘tidak disahkan’, lapor CNN.

Notis rasmi itu berkata aduan bertulis telah diterima bahawa filem itu mengandungi ‘bahan yang sangat yang tidak mematuhi nilai sosial dan standard moral masyarakat Pakistan’.

Notis kementerian itu juga mengumumkan bahawa a pawagam yang berada di bawah bidang kuasa CBFC tidak boleh menayangkan filem itu.

Merujuk kepada  sinopsis di laman web Festival Filem Cannes, Joyland mengisahkan tentang kisah cinta antara anak bongsu sebuah ‘keluarga bersama patriarki yang bahagia’ dengan  seorang bintang muda transgender yang ditemuinya selepas diam-diam menyertai teater tarian erotik.

Filem yang memenangi Hadiah Juri Uncertain Regard dan Queer Palm tidak rasmi di Cannes pada Mei lepas itu, kemudiannya diserahkan kepada Oscar sebagai penyertaan rasmi Pakistan untuk kategori filem cereka antarabangsa. 

Bagaimanapun, ia perlu berada di pawagam sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum 30 Nov ini untuk kekal dalam perebutan anugerah Oscar.

Menurut peraturan rasmi penganjur majlis anugerah tersebut, Academy, walaupun dilarang daripada ditayangkan di Pakistan, Joyland masih layak bertanding dalam kategori tersebut jika ia ditayangkan di pawagam berbayar di luar Amerika Syarikat selama sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut.

Sementara itu, pada Selasa (14 Nov), Salman Sufi, penasihat Perdana Menteri Pakistan menulis tweet bahawa ‘jawatankuasa peringkat tinggi’ sedang menilai aduan terhadap Joyland dan mengkaji larangan bagi tayangannya.

“Jawatankuasa itu akan menilai aduan serta merit untuk memutuskan ia dibenarkan ditayangkan di Pakistan,” kata Salman.

Semakan itu dibuat selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mengeluarkan kenyataan pada Ahad (13 Nov), mengecam penarikan sebelum pensijilan membenarkan tayangan filem itu kerajaan Pakistan dan melabelkan tindakan itu  sebagai ‘transfobik yang melampau’ dan pelanggaran hak penerbit filem untuk kebebasan bersuara.

“Penonton di Pakistan mempunyai hak untuk memutuskan perkara yang akan mereka tonton,”  kata kenyataan itu.

Pengarah filem itu, Saim Sadiq  dalam catatan di Instagram menegaskan bahawa pembatalan kebenaran tayangan filem itu di Pakista sebagai ‘sangat  tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang’, dan menggesa keputusan dipertimbangkan semula.

“Kembalikan hak rakyat kita untuk dapat menonton filem yang telah membanggakan negara mereka  ini di seluruh dunia,” tulis Sadiq.

Joyland telah ditayangkan dan diperakui oleh ketiga-tiga lembaga penapisan pada Ogos 2022. Pindaan ke-18 dalam perlembagaan Pakistan memberikan semua wilayah autonomi untuk membuat keputusan mereka sendiri. 

“Namun Kementerian Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan tiba-tiba mengalah di bawah tekanan daripada beberapa puak pelampau – yang belum menonton filem itu – dan mempersendakan lembaga penapisan persekutuan (CBFC) dengan menjadikan keputusan mereka tidak lagi relevan,” tambah Sadiq.

Larangan itu telah mencetuskan bantahan awam dan kempen media sosial menggunakan hashtag #releasejoyland.

Salah seorang pelakon dalam filem itu, Rasti Farooq menyiarkan di Instagramnya  menyokong usaha agar Joyland dibenarkan ditayangkan di Pakistan.

“Saya berpegang teguh pada filem lakonan saya itu (Joyland) dengan seluruh jiwa dan raga saya,” tegas Farooq.

Pelakon Pakistan yang membintangi musim kelima siri Netflix, The Crown, Humayun Saeed turut mengeluarkan padangannya tentang kontroversi Joyland itu.

Joyland telah membanggakan Pakistan dengan menjadi filem Asia Selatan pertama memenangi Hadiah Juri di Festival Filem Cannes.

“ Ia adalah kisah orang kita yang diceritakan oleh orang kita untuk orang kita. Saya berharap agar ia dapat diakses oleh orang-orang ini #ReleaseJoyland,” tweetnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2022


2. Umpama Taliban: Pemimpin DAP keterlaluan 

Wan Ahmad Fayshal bertemu pengundi dalam kawasan Parlimen Machang.

MACHANG: Kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kononnya Malaysia akan menjadi seperti ‘negara Taliban’ apabila rakyat memberi undi kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) dianggap sebagai keterlaluan.

Ketua Armada Nasional Malaysia Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, hakikatnya PAS ada sayap Dewan Himpunan Pendukung PAS yang dianggotai ahli bukan Islam.

Malah katanya PAS sudah 32 tahun mentadbir Kelantan, tidak pernah kedengaran apa-apa berita diskriminasi terhadap masyarakat bukan Islam di negeri Kelantan.

“Bahkan baru-baru ini juga saya ada melawat majlis perkahwinan komuniti Cina di Machang,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kenyataan pemimpin DAP itu mengulang naratif sama setiap kali berlangsung pilihan raya.

Wan Ahmad Fayshal yang juga calon PERIKATAN NASIONAL Machang berkata, semua rakyat Kelantan pelbagai kaum dan agama tidak ada sebarang masalah dalam hubungan kaum.

“Hidup aman-damai dan harmoni. Nga dan DAP harus henti bermain kad fitnah dan perkauman hanya semata-mata untuk menarik undi bukan Melayu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem Joyland Pakistan, Taliban & DAP ekstrim..

Pakistan menyekat tayangan filem itu seluruh negaranya, kerana..

(i) ‘bahan yang sangat tidak mematuhi nilai sosial dan standard moral masyarakat Pakistan’.

(ii) Joyland mengisahkan tentang kisah cinta antara anak bongsu sebuah ‘keluarga bersama patriarki yang bahagia’ dengan  seorang bintang muda transgender yang ditemuinya selepas diam-diam menyertai teater tarian erotik.

Begitu, perlu telitinya sesebuah negara mengawal rakyatnya supaya mematuhi nilai sosial dan standard moral masyarakat di negara umat Islam itu. Di Malaysia, cuma parti DAP dan mereka yang otaknya dijajah di bawah tempurung DAP/komunis, mengaitkan Islam dengan Taliban, Afghanistan.

Mereka mengaitkan juga PAS dan PERIKATAN NASIONAL(PN). Memang amat keterlaluan, ekstrim dan biadap sunggguh mereka!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails