Sunday, November 13, 2022

Ini kerja PH, berat sama 'pukul', ringan 'jinjing pe'lari'.. & PH gagal.

 

Papan iklan mengandungi peribahasa Melayu yang disilap eja ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’.

1. PRU15: PH turunkan papan iklan peribahasa silap ejaan 'Berat sama dipukul...'

KLUANG: Pakatan Harapan (PH) sudah menurunkan papan iklan mengandungi peribahasa Melayu yang disilap eja 'Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing'.

Peribahasa berkenaan yang membawa maksud saling membantu ketika senang atau susah, sepatutnya berbunyi 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lalu sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

"Papan iklan ini telah diturunkan pada Jumaat lalu, dua jam selepas ia dipasang. Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan terbabit.

"Dalam papan iklan itu, kami ingin menunjukkan kepada orang awam usaha-usaha yang telah kami jalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berterima kasih kepada mereka yang telah menegur kesilapan berkenaan sehingga pihaknya boleh membuat pembetulan segera.

"Kami juga berharap orang awam dapat melihat usaha-usaha yang telah dijalankan berbanding kesilapan yang telah berlaku. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang ambil peduli dan hantar mesej nasihat. Kami akan terus memperbaiki kekurangan ini," katanya.

Sementara itu, hantaran mengenai kesilapan ejaan pada papan tanda itu dikesan dimuatnaik semula di media sosial sejak malam tadi hingga mengundang kecaman ramai.


2. Bantu rakyat: Kenapa PH gagal, tetapi PN boleh? 

SEMASA pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), saya telah menggesa Menteri Kewangan pada ketika itu Lim Guan Eng supaya menambah bantuan-bantuan langsung kepada rakyat. Ini kerana rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi selain kenaikan harga petrol. Ada sebahagian bantuan yang dipotong saya minta supaya dikembalikan semula.

Jawapan yang diterima ialah kerajaan tidak mampu kerana masalah kekangan kewangan. Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian e-wallet bernilai RM30. Jumlah ini terlalu kecil.

Apabila Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dibentuk pada 1 Mac 2020, saya telah mengarahkan Menteri Kewangan supaya mencari sumber-sumber kewangan yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk disalurkan secara langsung kepada rakyat yang sedang menanggung kesusahan akibat pandemik. Saya diberitahu ada sumber-sumber yang boleh digunakan untuk membantu rakyat.

Akhirnya, sepanjang pentadbiran Kerajaan PERIKATAN NASIONAL selama 17 bulan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM530 bilion telah dilaksanakan.

Perkara yang tidak boleh dilaksanakan oleh Pakatan Harapan, boleh dilaksanakan oleh PERIKATAN NASIONAL. Kenapa?

Kerana PERIKATAN NASIONAL prihatin.

Inilah komitmen kami untuk Malaysia, iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang prihatin rakyat, selain bersih dan stabil. Susah senang kita hadapi bersama.

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL (PN) – HARAKAHDAILY 11/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini kerja PH, berat sama 'pukul', ringan 'jinjing pe'lari'..

Ertinya, macam mana nak perintah negara lagi, buat papan iklan pun macam buat kerja dengan kaki. 

Itu saja.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails