Friday, November 18, 2022

3,376, UMNO dera rakyat, p'raya banjir? PAS cakna ekonomi 12 bukti..

 

Keadaan banjir di Kampung Tersang. - NSTP//NIK ABDULLAH NIK OMAR

1. 3,376 mangsa banjir di 7 negeri, Selangor paling ramai

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri terus terkesan akibat banjir dengan 3,376 mangsa dilaporkan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui kenyataan memaklumkan semua mangsa membabitkan 970 keluarga itu direkodkan di 18 daerah membabitkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

Daripada jumlah itu, katanya, Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 1,206 mangsa, diikuti Perak (810), Kelantan (804), Johor (283), Pahang (209), Melaka (44) dan Negeri Sembilan (20).

Sehingga kini 46 PPS masih aktif membabitkan 19 di Selangor, Perak (10), Pahang (7), masing-masing empat di Johor dan Kelantan serta satu PPS masing-masing di Melaka serta Negeri Sembilan.

NADMA turut melaporkan sembilan PPS ditutup termasuk di Dewan Masyarakat Medamit di Limbang, Sarawak yang dibuka pada 16 November lalu yang ditutup sepenuhnya hari ini.

Turut ditutup masing-masing satu PPS di Johor dan Kelantan, selain empat di Pahang dan dua di Perak.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut melaporkan lima sungai merekodkan paras bahaya sehingga jam 4 petang ini.

Penduduk kampung melihat keadaan rumah yang terjejas akibat banjir di Kampung Cemperai Dengkil. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Ia membabitkan Long Teru dan Marudi masing-masing di Miri, Sarawak; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan tujuh lokasi terkesan kejadian banjir, tujuh lokasi cerun runtuh, dua lokasi jalan mendap dan dua kejadian jambatan direkodkan sehingga jam 2 petang ini.

Justeru, NADMA menasihatkan orang ramai sentiasa peka dengan amaran dan merujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan. 

BERITA BERKAITAN


2. 12 bukti PAS cakna ekonomi 

DALAM kempen PRU-15 kali ni, banyak pihak menghentam PAS dengan label tak pandai urus ekonomi dan hanya tahu hafal Hadis dan Quran. Namun, fakta dan data sentiasa ada untuk memberitahu perihal sebenar. Betul ke PAS ni tak pandai uruskan ekonomi? Jom kita tengok, apa jadi dengan ekonomi bila PAS diberikan peluang mentadbir negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. 

Prestasi kewangan dan ekonomi negeri

Kedah: Pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah tinggi. Jumlah perolehan hasil setakat suku ketiga 2022 adalah RM517.07 juta iaitu 71.1 peratus berbanding sasaran RM725 juta. Ia adalah nilai yang konsisten melepasi paras RM500 juta meskipun negara dilanda pandemik. Rizab simpanan tunai meningkat daripada RM324.3 juta (Disember 2020) kepada RM549.3 juta sehingga September 2022.

(https://www.sinarharian.com.my/article/228341/edisi/utara/rizab-simpanan-tunai-kedah-meningkat-sanusi

Terengganu: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu pada 2021 berkembang kepada 3.6 peratus daripada penguncupan 5.7 peratus tahun sebelumnya. Perubahan peratusan tahunan KDNK Terengganu ini meneruskan peningkatan konsisten daripada kedudukan ke-13 pada 2018 kepada kedudukan ke-11 (2019), ke-9 (2020) dan ke-3 (2021).

(https://www.trdi.my/terengganu-di-kedudukan-ketiga-catat-ekonomi-cemerlang)

Kelantan: Walaupun semua negeri menghadapi kemuncupan ekonomi yang teruk pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19, negeri ini mampu bertahan dengan kadar penguncupan hanya sekitar 1.2 peratus, berbanding negeri maju yang lain seperti Johor (-4.7 peratus) dan Selangor (-5.2 peratus). Selain itu, kebangkitan ekonomi negeri ini pada tahun 2021 sangat memuaskan apabila mengalami pengembangan pada kadar 2.4 peratus, sama seperti Johor, malah lebih baik daripada Melaka, Perlis dan Pahang. Bahkan, Kerajaan Negeri turut mendapat pujian daripada Sultan.

(https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/939397/prestasi-kewangan-kelantan-terus-kukuh-berdaya-tahan

Keyakinan pelabur luar

Kedah: Pelaburan Negeri merekodkan RM68.3 bilion sepanjang tahun 2021 yang merupakan rekod pencapaian pelaburan tertinggi dalam sejarah Negeri Kedah. Kedah juga berjaya menarik pelaburan syarikat kenderaan terkemuka, Porsche yang membuka kilang pertama di luar Eropah dalam tempoh 74 tahun penubuhannya. Keseluruhan peluang pekerjaan yang dijana adalah sebanyak 116,000.

(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/992041/kedah-terima-pelaburan-tertinggi-di-malaysia-berjumlah-rm20-bilion) (https://mbikedah.com.my/tuanku-sultan-bangga-kedah-catat-pelaburan-tertinggi-rm68-3b/

Terengganu: Jumlah pelaburan ke dalam Negeri Terengganu bertambah daripada RM0.86 bilion pada 2019 kepada RM2.95 bilion (2020) dan sekali lagi meningkat kepada RM3.87 bilion pada tahun 2021. Secara keseluruhan, bagi tempoh 4 tahun sejak berada di bawah pemerintahan PAS (2018-2021), jumlah pelaburan di Terengganu adalah sebanyak RM12.48 bilion dan turut mencipta sebanyak 7,596 peluang pekerjaan.

(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/992720/terengganu-antara-destinasi-pilihan-pelabur-asing) (https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/10/764844/tarik-pelaburan-bernilai-rm13b

Kelantan: Hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, pelabur luar negara dan swasta, sebanyak RM7.9 bilion pelaburan berjaya ditarik ke dalam negeri bagi tempoh 5 tahun. Nilai pelaburan ini mewujudkan sebanyak 2,570 peluang pekerjaan di Kelantan.  

(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/07/980635/kelantan-terima-komitmen-pelaburan-rm63-bilion

(https://my.lifenewsagency.com/2022/03/12/rohm-wako-tingkatkan-pelaburan-melalui-fasiliti-baharu-di-kelantan-bernilai-rm910-juta/

Penekanan kerajaan negeri terhadap sekuriti makanan

Kedah: Dasar penanaman padi lima kali dua tahun selari dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 di bawah Teras Kemakmuran Ekonomi. Ia juga sejajar dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (Strategi 25 Memperkukuh Sekuriti Makanan) serta Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030). Pihak MADA telah menyediakan sebanyak 1,033 hektar tanah sawah yang memiliki sistem pengairan yang baik untuk perlaksanaan projek rintis.

(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/emm-20-dijangka-tingkatkan-hasil-padi-menjelang-2026-346981)  

Terengganu: Tahap Sara Diri (SSL) bagi makanan ruji padi untuk negeri Terengganu mengalami peningkatan yang konsisten sejak pentadbiran negeri di bawah PAS melalui pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian 2018-2025. Peningkatan ini bermula pada tahun 2019 (48 peratus) daripada 43 peratus pada tahun 2018. Bagi tahun 2020 pula, SSL Padi mencapai sehingga 53 peratus dan terus meningkat pada 2021 dengan kadar 55.8 peratus. Nilai ini dijangka akan terus meningkat sehingga 60 peratus pada tahun ini.

(https://www.trdi.my/pandemik-tidak-halang-kerajaan-capai-sasaran-ssl-pertanian)

Kelantan: Walaupun mempunyai pendapatan negeri yang terhad, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang kerana negeri ini tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan makanan ekoran Tahap Sara Diri (SSL) Kelantan yang sangat tinggi. Antaranya seperti Beras (208 peratus), Kambing dan biri-biri (190 peratus), Ikan (93 peratus), Sayur-sayuran (98 peratus) dan Buah-buahan (117 peratus).  

(https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/862595/kelantan-sukar-hadapi-krisis-bekalan-makanan

(https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/07/977534/pengeluaran-beras-buah-buahan-negeri-melebihi-ssl)

Ketelusan dan integriti dalam pentadbiran

Kedah: Pengiktirafan Sijil Bersih Penyata Kewangan Negeri Kedah bagi tahun berakhir Disember 2021 oleh Ketua Audit Negara.

(https://www.1media.my/2022/09/kedah-terima-sijil-bersih-kewangan.html

Terengganu: Menduduki tempat pertama dalam ranking ketelusan belanjawan negeri (85 peratus) berdasarkan kajian yang dibuat oleh The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) terhadap semua negeri di Malaysia.

(https://www.trdi.my/terengganu-paling-telus)

Kelantan: 32 tahun pemerintahan tanpa sebarang kes yang melibatkan rasuah dan pecah amanah. Berbeza dengan beberapa pihak yang baru sahaja 22 bulan diberikan kuasa, terus berdaftar sebagai kluster mahkamah. Bayangkan kalau mereka memegang kuasa selama 5 tahun.

(https://www.sinarharian.com.my/article/207771/BERITA/Politik/32-tahun-Pas-Kelantan-kekal-rekod-tanpa-rasuah

Walk the talk dan bukan sembang kosong. Walaupun tak nampak PAS sembang kencang mengenai ekonomi, ini lah hasil pulangan ekonomi apabila sesebuah negeri berada di bawah pemerintahan PAS yang hanya tahu hafal Quran dan Hadis.

Selain potensi dan kredibiliti yang ditunjukkan di dalam pentadbiran, PAS turut menawarkan ramai profesional pada PRU-15 kali ini. Sijil dan kelayakan yang betul-betul ye, bukan sijil tipu. Senarai nama dan profesion mereka boleh dilihat di sini (https://web.facebook.com/JProDPPM/posts/455569616718470

Apa lagi, jom berikan undi anda kepada PAS dan PERIKATAN NASIONAL pada 19 November nanti.

ASYRAF SALLEH
Sarjana Ekonomi – HARAKAHDAILY 18/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim3,376, UMNO dera rakyat, p'raya banjir? PAS cakna ekonomi 12 bukti..

Al-hamdulillah, besok, jom mengundi untuk kembali kepada kegemilangan Islam. UNDILAH PN, PAS dan kumpulannya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails